Peperangan satu tipudaya…

“Peperangan satu tipudaya” merupakan mafhum hadis (mutaffaqun alaih)pendek tapi popular di kalangan umat Islam. Dari segi tata bahasa Arab , susunan matan hadis ini terdiri daripada dua patah kalimah (kata nama) yang menunjukkan bahawa susunannya adalah jumlah ismiyyah. Bermula dengan mubtada’ (al-Harb /peperangan) dan berakhir dengan khabar  (khid’ah/ tipudaya). Oleh itu, dari segi kefahamannya; Susunan matan hadis ini hanya menjelas serta menerangkan situasi peperangan itu sendiri yang berada dalam lingkungan tipudaya. Tiada sebarang lafaz secara jelas dalam matan hadis ini yang menunjukkan bahawa tindakan  mengadakan tipudaya  adalah satu kewajaran yang wajib dilakukan demi mendaulatkan syiar Islam walaupun ia sebenarnya wajib  dalam situasi yang terdesak .

Dalam usaha menegakkan syiar Islam secara syumul, sektor politik wajar diutamakan. Pada zaman kegemilangan Islam yang lampau, ketuanan politik berteraskan syariat Islam dipertahan dan dibangkitkan melalui peperangan mengangkat senjata(pertumpahan darah) dan juga tahalluf siyasi. Namun kini kaedahnya lebih aman iaitu dengan cara mengekalkan tahalluf siyasi, manakala  peperangan mengangkat senjata digantikan dengan proses pilihanraya. Meskipun demikian, proses pilihanraya itu juga merupakan satu peperangan yang turut mengharuskan tipudaya. Pun begitu  perlu difahami; tipudaya dalam peperangan yang diharuskan oleh syarak sebenarnya perlu berlandaskan akhlak. Dengan kata lain; tipu daya yang ingin dilakukan itu perlulah kerana demi kepentingan Islam, tidak secara terang-terangan hingga boleh menjejaskan imej Islam, tidak memudaratkan hati-hati golongan non-muslims untuk memeluk agama Islam dan  ia tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya secara sesuka hati terhadap musuh kerana Islam lebih menitikberatkan soal dakwah dengan method yang sesuai dengan situasi yang dihadapi. Cuba bayangkan apa nasib yang bakal menimpa umat Islam jika mereka asyik menipu dan menipu dan menipu dan menipu[1]???  Macam manakah agaknya tanggapan golongan non-muslims terhadap para pimpinan dan juga umat Islam yang gemar menipu dan menipu dan menipu?? Adakah penipuan ini kerana menegakkan Islam ataupun kerana periuk nasi dan juga jawatan yang disandang[2]? Apakah kerana jawatan dan periuk nasi maka tipudaya sesama dalam jamaah juga diharuskan?

Dalam isu terbaru, ADUN Bukit Tuku membangkitkan permasalahan Unity Government yang digilai oleh beberapa kerat pemimpin atasan PAS. Unity Government ini juga disokong oleh sesetengah ahli-ahli PAS yang otak mereka kurang berfungsi dan hanya tahu wala dan wala dan wala secara membuta tuli…Perkara ini sudah disahkan tapi mengapa Tok Guru Nik Aziz sendiri masih cuba melindungi kenyataan sebenar??? Paling dibimbangi bila seorang Tok Guru berstatus Menteri besar akan dilabelkan oleh masyarakat awam sebagai penipu besar demi mempertahankan individu-individu yang memang shahih telah melakukan kerosakan dalaman terhadap jamaah.  Langkah pendedahan oleh ADUN Bukit Tuku ini adalah wajar. Sepatutnya perkara sebegini dibiarkan meletus dan dibiarkan sahaja tersebar sebagai makluman umum. Sesiapa yang mahu kekal dengan PAS …allahamdulillah dan sesiapa yang mahu melompat masuk UMNO pun silakan..dengan syarat jangan buat UG.  Kalau putih katakan putih  kalau hitam katakan hitam. Tak perlu pilih kelabu.  Jangan diwujudkan  sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan Barisan Nasional. Sesiapa yang menyebelahi proses UG adalah satu pengkhianatan dan pengkhianatan ini wajib disingkir daripada parti. PAS tidak rugi apa-apa jika para pengkhianat ini disingkir keluar. Mengapa pula perlu berdolak dalih hingga menyusahkan hati orang lain semata-mata kerana ingin berpolitik sambil bertipudaya sesama jamaah ???

Saya dan Ustaz Salahuddin telah bertungkus lumus menyiapkan buku Sejarah PAS Kelantan dengan harapan agar para penyokong PAS, pengundi PAS dan juga ahli-ahli PAS sedar tentang sikap dan penampilan UMNO serta Barisan Nasional sejak dulu hingga kini. Kalau mereka yang sudah tahu tentang fakta sejarah sepertimana yang dinyatakan dalam buku berkenaan tapi masih mahu menyokong Unity Government, maka itulah tanda-tanda pengkhianatan dalam PAS semakin berleluasan.  Semakin lama para pengkhianat ini dilindungi maka semakin banyak lagi bala Tuhan yang bakal turun mencurah-curah kelak. Para penggerak  jentera-jentera parti mulai rasa keberatan untuk bertungkus lumus  sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini. Timbul dibenak mereka persoalan “Perlukah kami bekerja keras demi mempertahan dan menjunjung tinggi  para pengkhianat dalaman ini??”. Fikir-fikirkanlah wahai pimpinan PAS. Jangan asyik leka dengan kemewahan yang diraih melalui jawatan yang disandang!


[1] Bila mahu menipu golongan ini mula mengatakan ini adalah politik. Adakah politik itu didefinisikan sebagai penipuan???

[2] Ada yang berjawatan tapi tak amanah dengan jawatan yang dijawat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: