Archive for February, 2011

Betul ke tak ada isu di Kerdau ???

 

Betul ke PAS tak ada isu di Kerdau?

Dr Dzulkefly Ahmad


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, sama ada sememang hidup dalam penafian atau memang tidak tahu. Apabila beliau dengan sombong menyatakan bahawa pembangkang tak ada isu, beliau sememangnya mahu berbohong kepada rakyat amnya dan pengundi Kerdau khususnya. 

Kalau benar bagai dek kata, beliau wajar menggunakan ruang kempen di PRK N28 Kerdau ini untuk memperagakan segala kejayaan kerajaan Pahang. Kalau kerja dah dibuat dan rakyat dah diberi khidmat yang cemerlang, apa perlu sibuk untuk mengumumkan projek-projek ‘mee-segera’ termasuk yang perlu diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri yang terpaksa turun pada hari pertama lagi sehingga terpaksa mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau.

Adnan sepatutnya perlu sedar dan insaf bahawa di bawah kepimpinannya Pahang telah mengalami defisit belanjawan untuk 13 tahun berturut-turut. Rakyat Pahang juga mengingatkan Menteri Besarnya bahawa kerajaan negeri sedang menganggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang mutakhir.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Adnan Yaakub. Ianya merangkumi pelbagai skop. Ayat yang kerap diulangi dalam Laporan tersebut ialah..Pada pendapat Audit…..adalah tidak memuaskan kerana…..Ini menyangkut pelbagai skop dan aspek pembangunan, sama ada yang berkaitan projek sakit dan lewat di bawah Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRD), prestasi agensi-agensi kerajaan, aktiviti pengambilan pasir sungai dan kesannya kepada alam sekitar di Sungai Benus, Bentong, pengurusan air tidak berhasil (NRW), pengurusan premis perniagaa sehinggalah kepada urusan pengendalian kes di Mahkamah Syari’ah Negeri Pahang. Pada pendapat Audit ..tidak memuaskan ..kerana.. Rakyat seharusnya telah lama pecat CEO syarikat ini atau MB kerajaan negeri ini.

Cukup mengaibkan.. Tak ada isu kata Adnan!

Sekadar mengambil contoh antara yang terbesar mengikut Laporan Ketua Audit Negara adalah kelemahan-kelemahan pentadbiran dan pengurusan yang mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta bila mana empat (4) buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLCs) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual. Laporan juga mendedahkan bahawa tidak wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap GLCs (contoh ASPA dan PKNP dll) apabila GLCs gagal membuat bayaran balik.

Dalam suasana anak-anak syarikat kerajaan ini mengalami kerugian, Menteri Besarnya masih boleh mengarahkan serta mengharapkan 50% dari keuntungan GLCs ini disumbangkan kepada kerajaan negeri. Jelas dan nyata bahawa Adnan sudah tidak peka dan hilang ‘touch’nya dengan realiti. inilah antara sebabnya mengapa pihak penganalisis mengwar-warkan bahawa kerajaan negeri Pahang berpotensi bankrap.

Oleh kerana Laporan Audit Negara adalah maklumat awam (public information), maka sewajarnyalah Kerajaan Negeri bersikap bertanggungjawab dan menerangkan kepada rakyat langkah-langkah yang telah diambil bagi membanteras kepincangan-kepincangan tersebut sebagai satu langkah ‘Pertanggungjawaban Awam”.

PAS menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semasa GLCs negeri sebagaimana dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Berdasarkan secebis pendedahan di atas, maka PAS/Pakatan Rakyat menyeru seluruh pengundi dalam PRK N28 Kerdau supaya membuat pilihan yang wajar dan tepat bagi membongkar segala kepincangan pengurusan kewangan negeri demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau khasnya dan seluruh negeri Pahang amnya.

Maka calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini tentunya adalah mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut. Apakah seorang calon yang berlatar belakang di bidang bahasa ’Arabkah atau yang berlatarbelakang di bidang ‘profesional’ dengan kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara dan dalam negeri?

Rakyat wajar menilai siapakah yang lebih wajar mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang bagi suara ‘semak-imbang’ pelbagai kepincangan pengurusan kerajaan negeri Pahang ini yang di bawah Umno/BN.

http://blog.drdzul.com/

 

Revolusi rakyat Libya….

Rentetan kejatuhan Rejim Bin Ali di Tunisia dan Husni Mubarak di Mesir memberi semangat serta inspirasi baru kepada seluruh masyarakat Arab untuk bangkit menentang kerajaan masing-masing. Pergolakan paling ketara sekali berlaku  di Libya. Muammar Ghadafi sanggup menggunakan jet-jet pejuang menggugurkan bom ke atas rakyat Libya yang bangkit memberontak.

http://www.libya-watanona.com/letters/v2011a/v31jan11z.htm#n21feb116

Namun begitu semangat juang dan keberanian rakyat Libya tidak mudah luntur meskipun digempur sedemikian rupa. Semangat keberanian al-Syeikh al-Syahid Umar al-Mukhtar juga sentiasa berkobar-kobar di jiwa mereka. Lihat juga di sini;

http://www.youtube.com/watch?v=6XqdeYgxMfI&feature=player_embedded#at=71

Towardsmardhatillah:

Tahukah anda bahawa filem Umar Mukhtar (Lion of The Desert) dan Muhammad Rasulullah pernah diharamkan tayangannya di Kelantan????

Sekitar tahun 1983 selepas PAS hanya ada dua kerusi di Kelantan, Abah saya yang merupakan Ketua Pemuda PAS Pasir Mas merangkap Exco Dewan Perhubungan PAS Negeri  Kelantan pada masa itu pernah buat tayangan  video tape Umar Mukhtar (Lion of The Desert) dan filem Muhammad Rasulullah di kampung-kampung dan selalu diugut oleh S.B.  Video ini merupakan pemberian Allahyarham Mustafa Syafie (Jack) selepas semangat juang para ahli  PAS mulai bangkit lantaran kebangkitan Revolusi Islam di Iran.  Oleh kerana tak dengar kata walaupun sudah diberi amaran, akhir sekali S.B serbu rumah Hj.Ibrahim di kampung Manir untuk rampas video-video tape tersebut tapi pihak polis tak menemuinya. Hj.Ibrahim menyorok video-video tape tersebut dalam tempayan berasnya. Begitulah susahnya perjuangan pada masa itu. Meskipun sudah tinggal 2 kerusi tapi masih lagi ditekan hebat oleh Barisan Nasional yang memperalatkan pihak polis.

Suatu petang di Pasar Gok Kapur, Kampung Cina

Pasar Gok Kapur atau lebih popular dengan panggilan Kedai kampung Cina amat popular dikalangan rakyat Kelantan. Disini dijual berbagai jenis sayuran, buah-buahan dan kuih-muih. Semua harga jualan di pasar ini amat berpatutan. Namun begitu faktor utama mengapa ia begitu popular dan sentiasa dikunjungi ramai sebenarnnya ialah kerana di lokasi ini turut dijual ikan-ikan fresh yang dibawa langsung dari Kuala Besar setiap hari lazimnya selepas waktu asar.

Sentiasa dikunjungi ramai

Segala jualan dengan harga yang berpatutan

Ikan Patin Sungai harganya rm 8.00 sekilo

Rakyat Klate sememangnya rajin dan cekap berniaga...

Majlis Kahwin Azza dan Azzaq (2) 19hb.Februari 2011

Dua beradik - Abah dan Ayah Mat

Anak beranak berkumpul

Nik Na melayan tetamu

Bergambar dengan pengantin

Anak beranak bergambar

Majlis tenang tapi meriah

Jangan makan banyak..... kawal diet...

Kita nak balik dah nih...

Majlis kahwin Azza dan Azzaq (1)

Jamnapari (mixed) disembelih pada pagi jumaat 18 feb 2011

Digantung untuk disiatkan kulit

Azizi dan Pak Ungkos menyiat kulit kambing

Proses mencuci perut

Buang najis dan basuh perut kitab

Tarmizi dan Azhar- (dua beradik) melumur rempah kat daging kambing untuk diperat sebelum dibakar

Tarmizi- acara solo

Pok Sdaro ambo, Ayah Mat tetap setia dengan PAS hingga ke akhir hayat

Tengah akad nikah

Solat bersama selepas sah sebagai suami isteri

Antara anak beranak dan tetamu yang hadir semasa majlis akad nikah

Borak anak beranak

Acara kemuncak- kambing panggang

Anak beranak menjamu selera dengan kambing panggang

Majlis berlangsung di Lorong Chegu Omar, Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan pada 18b. Februari 2011.

Jangan jadi Exco Sakok…..

Pada zaman Kelantan di bawah kepimpinan PAS sekitar tahun 1959-1978, para Exco dan para wakil rakyat PAS tidak berpejabat kecuali Menteri Besar sahaja. Status tidak berpejabat ini mendorong untuk para wakil rakyat di zaman itu membawa “cop mohor” masing-masing dan mesin taip di atas kereta masing-masing.  Selepas kejatuhan PAS menerusi a very unfair election  1978, Barisan Nasional mulai memperkenalkan budaya berpejabat kepada para wakil rakyat (exco kerajaan negeri) dengan menyediakan bangunan Kota DarulNaim.  Ekoran kewujudan pejabat yang boleh dikatakan bertaraf mewah ini, ramailah para Exco barisan Nasional mulai mengamalkan perangai ayam gilo ko sakok…….Mengeram sokmo tapi tak bertelur.  Dengan kata lain; Puak Exco Barisan Nasional tak turun jengok tengok dah masalah rakyat di bawah. Semuanya rasa selesa dalam bilik berhawa dingin.  Yang selalu  keluar masuk pejabat Exco dan Menteri Besar hanyalah ahli-ahli perniagaan yang boleh memberi keuntungan berganda kepada orang-orang politik pada masa itu.  Dengan berterusannya budaya ini, maka secara tidak langsung segala permasalahan rakyat marhaen tidak dipedulikan langsung. Tup…tup..masa berlalu cepat.  Akhirnya  keangkuhan Barisan Nasional tumbang di Kelantan pada tahun 1990 dan Angkatan Perpaduan Umah muncul menerajui pentadbiran negeri Kelantan.  Ramai dikalangan rakyat marhaen yang bersorak gembira bila Barisan Nasional  tumbang dengan harapan kerajaan yang baru naik di bawah kepimpinan  yang digembar gemburkan sebagai kepimpinan ulama’ mampu menerajui perubahan.

Memang tidak dinafikan kerajaan PAS Kelantan turut membuat perubahan . Segala perubahan dan kemajuan dibuat, ditulis atau dicatit di kain-kain rentang dan juga signboard di tepi-tepi jalan . Antara yang dicatit ialah; cuti bersalin dan sebagainya (sila rujuk mana-mana signboard yang terpapar di tepi-tepi jalan). Allahamdulillah rakyat boleh faham. Cuma satu sahaja yang PAS tak ubah dan masih kekalkan, iaitu; budaya berpejabat yang meletakkan diri para Exco seperti Exco Sakok di zaman Barisan Nasional dulu. Boleh dikatakan setiap hari dari pukul 8:00 pagi hinggalah ke pukul 5:00 petang, para Exco nih duk mengeram tapi tak bertelur  dalam sakok berhawa dingin dan bersofa empuk. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh masuk ke dalam sakok nih.  Jarang-jarang sekali puak Exco sakok nih keluar juga berkokok (ceramah) menghentam UMNO dan Barisan Nasional. Segala masalah rakyat hanyalah ditangani bagaikan melepas batuk di tangga dan  dipinggirkan begitu sahaja.  Bila masa Exco nak menangani masalah para pegawai bawahan? Bila masa Exco nak ambil tahu tentang prestasi maksiat di sekeliling mereka? Bila masa mereka dapat berdamping dan mendidik anak-anak buah mereka? Inilah budaya yang berterusan di zaman kepimpinan Ulama’….Adakah budaya ini positif hinggakan ia terus dikekal hingga kini? Ataupun ia hanya sekadar budaya yang berasaskan nafsu yang diperajakan setiap masa? Fikir-fikirkanlah  demi kebaikan bersama…………..

Sarang maksiat di Kota Bharu- Thank You Kickdefella !

Rumah dipercayai pusat pelacuran runtuh


KOTA BHARU 15 Feb. – Sebuah rumah usang di Lorong Limau Manis di sini yang dipercayai menjadi pusat maksiat sejak puluhan tahun lalu, tiba-tiba runtuh di bahagian lantainya ketika diserbu penguat kuasa dalam operasi bersepadu malam tadi.

Runtuhan di tingkat satu rumah papan itu yang menempatkan beberapa bilik kecil menyebabkan seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pelacuran di situ cedera di kaki kiri.

Dia dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan.

Selain itu, beberapa anggota penguat kuasa yang terlibat dalam operasi bersepadu itu turut tercedera akibat ditimpa serpihan kayu bagaimanapun tiada kecederaan serius.

Operasi pukul 10.30 malam itu diketuai oleh Ketua Unit Pembangunan Insan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MKPB-BRI) dengan bantuan 27 anggota MKPB-BRI, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheaik).

Dalam serbuan itu, enam orang ditemui berada di dalam rumah tersebut iaitu seorang lelaki, tiga wanita dan dua kanak-kanak.

Dua lagi lelaki ditahan kerana berada di luar rumah dengan seorang daripada mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas.

Bagaimanapun, ketika serbuan tiada sebarang aktiviti pelacuran dikesan dan kedua-dua individu ditahan merupakan rakyat Malaysia berketurunan Siam.

Lorong Limau Manis terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah terkemuka di negeri ini terkenal dengan kegiatan maksiat yang dipercayai telah wujud sejak hampir 20 tahun lalu.

Kegiatan maksiat di kawasan itu dilaporkan di dalam sebuah blog baru-baru ini yang turut menggesa agar kerajaan negeri mengambil langkah segera membendungnya.

Dalam pada itu, Setiausaha MPKB-BRI, Mohd. Anis Hussin berkata, dua lelaki yang ditahan di luar rumah tersebut telah dibawa ke balai polis berdekatan untuk ujian air kencing manakala kesemua ditahan di dalam rumah telah dibebaskan.

Jelas beliau, operasi itu diadakan secara bersepadu untuk membuktikan ketegasan Kerajaan Pas Kelantan membanteras kegiatan maksiat yang berlaku di kawasan tersebut.

“Ini adalah permulaan operasi kita yang akan dilakukan secara berterusan kerana kita mahu semua pihak mengambil berat mengenai kegiatan haram seperti ini di negeri ini.

“Selepas ini banyak lagi operasi bersepadu akan dilakukan bukan setakat pencegahan maksiat tetapi premis-premis yang menjual arak dan pusat perjudian akan turut dihapuskan,” tegas beliau.

Menurut beliau, operasi semalam merupakan yang kedua dijalankan dalam tempoh dua hari dan beberapa individu serta barang perjudian telah dirampas sebelum ini.

Ujarnya, dalam operasi malam kelmarin di tiga tempat berlainan, dua lelaki telah ditahan manakala 23 unit komputer dirampas dari sebuah premis Internet di Jalan Kelochor di sini kerana dipercayai digunakan untuk urusan perjudian.

Dipetik daripada;

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

Baca juga di sini;

http://kickdefella.wordpress.com/2011/02/12/orang-kelantan-mudah-lupa-pt-2-mpkb-bandar-raya-islam-sakit-sebelah-mata/

http://kickdefella.wordpress.com/2011/02/11/orang-kelantan-mudah-lupa-dari-serambi-mekah-ke-serambi-golok-pt-1/

towardsmardhatillah:

Saya difahamkan bahawa operasi pelacuran di kawasan ini sudah lama bergiat aktiviti lebih kurang 20 tahun. Sebelum ini kegiatan tidak sihat ini sudah pupus  selepas PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan pada tahun 1990. Namun dalam diam-diam, aktiviti maksiat ini kembali bermaharaja lela kembali. Walaupun begitu, terima kasih saya ucapkan kepada Kickdefella (Syed Azidi) diatas kepekaan beliau dalam masalah ini. Meskipun saya dan dia berlainan dari segi fahaman politik, namun dalam soal amar maaruf dan nahi mungkar, adalah amat wajar untuk kita berterima kasih kepada beliau di atas pendedahan yang begitu terperinci dalam blog beliau berkaitan dengan aktiviti maksiat ini.  Sepatutnya sudah lama MPKB BRI bertindak dalam masalah ini dan bukannya membiarkan sahaja ia membarah hinggakan terpaksa didedah dalam blog kickdefella. Pihak MPKB BRI bertanggungjawab dalam menangani segala gejala maksiat mengikut kemampuan bidang kuasa yang dimiliki.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.