Salah faham terhadap perlaksanaan perundangan syariat Islam.

Bila berlaku salah faham dalam apa jua permasalahan yang timbul, pasti sekali  ia menimbulkan kesan negative kepada semua pihak  terutama sekali bagi pihak yang benar-benar terbabit. Salah faham terhadap sesuatu perkara ataupun sesuatu masalah lazimnya menghasilkan rumusan palsu berpunca daripada dua faktor  berikut, iaitu;

i)                    Sikap tidak jujur dalam usaha mengenalpasti dan menangani setiap permasalahan.

ii)                   Mempunyai sifat jujur tapi tidak peka, tidak tekun dan  tidak mahir mengurai setiap permasalahan.

Dua faktor  inilah lazimnya yang menyebabkan permasalahan semakin berlarutan, semakin merebak dan sukar dibendung. Begitu jugalah jika salah faham itu timbul dalam permasalahan perlaksanaan perundangan Islam.  Setakat ini hanya ada 3 buah negara yang berlainan mazhab  yang sanggup dan berani menetap serta melaksanakan perundangan syariat Islam secara syumul (menyeluruh 100%) di negara masing-masing, iaitu;

i)                    Iran (mazhab Syiah).

ii)                   Sudan (Mazhab rasminya adalah mazhab Maliki)

iii)                 Comoros (Mazhab Syafie).

Walaupun begitu banyak propaganda positif yang menwar-warkan bahawa negara Islam adalah negara aman kerana syariat Islam berteraskan keadilan sejagat, namun perlu disedari juga bahawa  dimana sahaja wujud keadilan maka disitu juga pasti ada kezaliman.  Oleh itu, ketiga-tiga buah negara Islam ini juga tidak terkecuali daripada unsur kezaliman yang direncana dengan penuh teliti oleh pihak lawan masing-masing . Berbagai propaganda dan perancangan jahat seperti sekatan ekonomi dan pemutusan jalinan hubungan diplomatik   adalah bentuk kezaliman yang lazim menimpa negara-negara ini sepanjang masa.  Perlu difahami; matlamat utama perlaksanaan perundangan syariat Islam adalah demi untuk meraih mardhatillah (keredhaan Allah). Soal sama ada negara itu akan aman ataupun tidak sebenarnya bergantung kepada pertolongan Allah .  Pada zaman Rasulullah, selepas pengisytiharan perundangan syarak secara syumul diumumkan oleh Rasulullah, segala rang undang-undang Islam berjalan dengan lancar meskipun pada masa itu timbul rasa tidak puas hati di kalangan golongan Yahudi yang irihati dengan kegemilangan Islam.  Dalam masa yang sama, segala kesalahan-kesalahan jenayah yang pernah dilakukan oleh masyarakat Islam terutamanya oleh mereka yang berbangsa Arab sebelum penetapan perundangan Islam tidak dicarry forward untuk dibicarakan selepas penetapan perundangan Islam secara rasmi. Dengan kata lain, segala jenayah seperti jenayah  zina, jenayah mencuri, merompak, berjudi  dan lain-lain lagi pada masa lalu sebelum pengumuman pengisytiharan perundangan Islam dilaksanakan tidak dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mengikut penetapan undang-undang Islam yang baru dibentuk.

Satu perkara lagi yang wajar dan wajib difahami ialah; pada zaman Rasulullah, zaman Khulafa al-Rasyidin, khulafa’ Bani Umaiyyah, Khulafa Bani Abbasiyyah , Othmaniyyah dan seterusnya ditetapkan perundangan Islam secara syumul. Namun status itu bukanlah bererti  kejadian-kejadian jenayah zina, rompak dan sebagainya tidak wujud ataupun tidak berlaku dalam zaman pemerintahan tersebut. Malah pada zaman Rasulullah, ada dikalangan para sahabat yang berzina lalu dijatuhkan hukuman ke mereka.  Wajar difahami ; Sesiapa yang dijatuhi hukuman hudud ataupun ta`zir mengikut syariat Islam adalah tidak wajar malah haram sama sekali  dikutuk . Ini kerana dosa mereka sudah diampun dengan syarat mereka bertaubat nasuha .

Berdasarkan fenomena semasa tanahair, tidak hairanlah jika ada yang masih sanggup berjudi di Kelantan meskipun sudah ditetap peraturan bahawa amalan berjudi itu haram di Kelantan. Begitu juga dengan aktiviti persundalan (pelacuran, sex bebas dan juga penggemar pondan) yang dilakukan sama ada oleh mereka yang berotak biol + gila atau oleh mereka yang benar-benar berhasrat ingin sabotaj pentadbiran Islam.  Meskipun hingga kini perundangan Islam masih belum mampu dilaksanakan secara syumul di Kelantan, namun  langkah utama yang wajar difahami oleh kita semua yang mengaku sebagai penganut agama Islam ialah; jangan sekali-sekali berkompromi dengan anasir-anasir zalim itu yang jelas muncul  dalam berbagai bentuk kemungkaran yang wajib ditegah dan dibenteras.

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2008/12/17/respon-terhadap-pengakuan-zul-hassan/

Akhir sekali perlu juga difahami bahawa  unsur keadilan dan kezaliman adalah dua unsur yang saling bertempur untuk saling menegakkan status masing-masing hinggalah ke hari kiamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: