Situasi Sebenar di Mesir

Sejak awal revolusi rakyat Mesir hingga kini saya memang menyokong penuh agar Husni Mubarak digulingkan. Memang wajar setiap kezaliman itu ditentang habis-habisan. Namun dalam kekalutan apa jua situasi, pasti muncul golongan tak bertanggungjawab untuk  mengambil kesempatan. Sesiapa saja yang tidak tahu kisah dan situasi sebenar juga pasti akan bercakap merapu tanpa fakta atau hujjah-hujjah yang kukuh lalu disusuli dengan tindakan yang membuta tuli tanpa usul periksa. Begitulah juga dengan situasi yang melanda negara Mesir akibat desakan-desakan agar Husni Mubarak berundur. Teruk sangatkah ketegangan politik di negara tersebut hinggakan ramai rakyat Malaysia di sana meminta agar mereka dipindahkan secepat mungkin? Kelmarin saya baru dapat maklumat sebenar daripada seorang peniaga kitab yang sentiasa berulang alik membeli kitab-kitab agama/arab di Kaherah dan menjualnya di Malaysia. Namanya Faiza bin Yusof, bekas pelajar kuliyyah Qanun di Mesir. Menurut beliau, ketegangan dalaman hanya berpusat di Medan Tahrir dan di Iskandariah sahaja. Tiada sebarang sekatan ekonomi sama ada dari dalam ataupun dari luar ke atas kerajaan itu. Perintah berkurung hanya dikenakan dari pukul 2:00 petang hingga ke pukul 8:00 pagi sahaja. Bekalan makanan mencukupi. Cuma mereka hanya boleh keluar untuk membeli bahan-bahan makanan hanya  pada waktu siang kerana perintah berkurung dikuatkuasakan bermula pukul 2:00 petang hingga pukul 8:00 pagi .  Berkaitan dengan dakwaan bahawa ramai banduan-banduan merbahaya yang terlepas dari penjara dan berkeliaran di Mesir sebenarnya hanyalah sekadar propaganda politik bagi mempercepatkan proses penggulingan Husni Mubarak.  Tiada seorang pun banduan yang terlepas dari penjara. Dakwaan tentang banduan-banduan ini memang diwar-warkan agar mampu melemahkan semangat pihak polis dalam menghadapi demostrasi rakyat. Itulah cerita yang sebenarnnya. Persoalannya sekarang; Kerajaan Malaysia telah banyak membelanjakan wang Petronas dan juga wang Tabung Haji untuk memunggah keluar rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah dan Malaysia. Adakah tindakan memunggah warga Malaysia tersebut wajar jika cerita sebenar diketahui oleh kerajaan Malaysia?  Sudah tentulah tidak wajar sama sekali kerana ia juga termasuk dalam satu tindakan yang amat membazir. Memadailah jika kerajaan Malaysia hanya mengirim/menghantar bantuan bekalan makanan sahaja ataupun bekalan wang untuk membeli makanan kepada mereka yang berada di sana dan bukannya memunggah mereka keluar  tanpa sebarang usul periksa yang lebih detail.  Demostrasi hanya berlaku pada waktu siang hari. Meskipun begitu segala industry perniagaan bagi perlbagai keperluan tetap beroperasi seperti biasa kecuali pada waktu malam yang diwajibkan perintah berkurung. Dengan kata lain, warga Malaysia masih berada dalam keadaan selamat di sana.

Setelah mendengar penjelasan detail ini, saya teringatkan nasib saya dan para pelajar Malaysia serta warga Malaysia (kebanyakan mereka bekerja dengan Petronas) di Sudan satu ketika dulu. Saya ke sana pada awal 1993 selepas Leftenan General Omar Hasan Ahmad al-Basyir melakukan rampasan kuasa [1] lalu mengisytiharkan perlaksanaan undang-undang syariah Islam secara menyeluruh di negara tersebut. Akibatnya, Sudan mendapat tentangan hebat daripada kuasa-kuasa besar dunia termasuklah Amerika Syarikat serta sekutunya Yahudi dan negara-negara Afrika lain yang berjiran dengan Sudan seperti Ethopia, Eriteria, Uganda dan sebagainya. Susulan pengisytiharan pelaksanaan undang-undang Syariat itu juga, Sudan terpaksa menghadapi tekanan dan sekatan ekonomi dari segenap penjuru alam. Ekoran sekatan ekonomi ini, saya pernah dan acapkali  beratur panjang semata-mata kerana ingin membeli roti. Malah dalam masa yang sama, kerajaan Omar al-Basyir juga terpaksa berdepan dengan golongan pemberontak dalaman yang terdiri daripada warga Sudan itu sendiri.  Pada masa itu, perintah berkurung dikuatkuasakan demi memantau kacau-bilau dalaman. Ketika itu jugalah propaganda pihak lawan mula bergema dengan mengatakan “Kerajaan Islam Sudan tidak aman. Meskipun sangggup laksanakan perundangan syariat tapi perintah berkurung tetap berjalan”. Memang benar perintah berkurung dikuatkuasakan dan saya merasainya hinggalah ke saat saya kembali ke Malaysia pada tahun 1997.     Kalau nak dibandingkan dengan situasi di Mesir, sudah tentulah situasi di Sudan lebih teruk. Namun begitu, warga Malaysia di Sudan pada ketika itu tidak cepat gabra dan melatah untuk melolong meminta tolong agar kami dikeluarkan dengan segera dari bumi Sudan. Pada sekitar tahun 1997 Pihak tentera Amerika Syarikat juga pernah mengebom Bandar Khartoum Bahri kerana mendakwa Sudan memberi perlindungan kepada Osama bin Laden. Sebelum serangan bom dilakukan, semua rakyat Amerika yang berada di Sudan diarah oleh pihak kerajaan mereka agar keluar dari Sudan terlebih dahulu. Begitu banyak tekanan-tekanan yang kami hadapi semasa belajar dahulu dan memang segala situasi itu lebih teruk daripada apa yang dialami oleh warga Malaysia di Mesir tapi kami tabah menghadapi situasi tegang berkenaan. Persoalannya sekarang; adakah kerajaan Barisan Nasional sanggup menghantar kembali mereka ke Mesir semula setelah  dipunggah keluar dari bumi tersebut???

Advertisements

One response to this post.

  1. mendengar guruh di langit air di tempayan dibazirkan ??

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: