Archive for February 16th, 2011

Jangan jadi Exco Sakok…..

Pada zaman Kelantan di bawah kepimpinan PAS sekitar tahun 1959-1978, para Exco dan para wakil rakyat PAS tidak berpejabat kecuali Menteri Besar sahaja. Status tidak berpejabat ini mendorong untuk para wakil rakyat di zaman itu membawa “cop mohor” masing-masing dan mesin taip di atas kereta masing-masing.  Selepas kejatuhan PAS menerusi a very unfair election  1978, Barisan Nasional mulai memperkenalkan budaya berpejabat kepada para wakil rakyat (exco kerajaan negeri) dengan menyediakan bangunan Kota DarulNaim.  Ekoran kewujudan pejabat yang boleh dikatakan bertaraf mewah ini, ramailah para Exco barisan Nasional mulai mengamalkan perangai ayam gilo ko sakok…….Mengeram sokmo tapi tak bertelur.  Dengan kata lain; Puak Exco Barisan Nasional tak turun jengok tengok dah masalah rakyat di bawah. Semuanya rasa selesa dalam bilik berhawa dingin.  Yang selalu  keluar masuk pejabat Exco dan Menteri Besar hanyalah ahli-ahli perniagaan yang boleh memberi keuntungan berganda kepada orang-orang politik pada masa itu.  Dengan berterusannya budaya ini, maka secara tidak langsung segala permasalahan rakyat marhaen tidak dipedulikan langsung. Tup…tup..masa berlalu cepat.  Akhirnya  keangkuhan Barisan Nasional tumbang di Kelantan pada tahun 1990 dan Angkatan Perpaduan Umah muncul menerajui pentadbiran negeri Kelantan.  Ramai dikalangan rakyat marhaen yang bersorak gembira bila Barisan Nasional  tumbang dengan harapan kerajaan yang baru naik di bawah kepimpinan  yang digembar gemburkan sebagai kepimpinan ulama’ mampu menerajui perubahan.

Memang tidak dinafikan kerajaan PAS Kelantan turut membuat perubahan . Segala perubahan dan kemajuan dibuat, ditulis atau dicatit di kain-kain rentang dan juga signboard di tepi-tepi jalan . Antara yang dicatit ialah; cuti bersalin dan sebagainya (sila rujuk mana-mana signboard yang terpapar di tepi-tepi jalan). Allahamdulillah rakyat boleh faham. Cuma satu sahaja yang PAS tak ubah dan masih kekalkan, iaitu; budaya berpejabat yang meletakkan diri para Exco seperti Exco Sakok di zaman Barisan Nasional dulu. Boleh dikatakan setiap hari dari pukul 8:00 pagi hinggalah ke pukul 5:00 petang, para Exco nih duk mengeram tapi tak bertelur  dalam sakok berhawa dingin dan bersofa empuk. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh masuk ke dalam sakok nih.  Jarang-jarang sekali puak Exco sakok nih keluar juga berkokok (ceramah) menghentam UMNO dan Barisan Nasional. Segala masalah rakyat hanyalah ditangani bagaikan melepas batuk di tangga dan  dipinggirkan begitu sahaja.  Bila masa Exco nak menangani masalah para pegawai bawahan? Bila masa Exco nak ambil tahu tentang prestasi maksiat di sekeliling mereka? Bila masa mereka dapat berdamping dan mendidik anak-anak buah mereka? Inilah budaya yang berterusan di zaman kepimpinan Ulama’….Adakah budaya ini positif hinggakan ia terus dikekal hingga kini? Ataupun ia hanya sekadar budaya yang berasaskan nafsu yang diperajakan setiap masa? Fikir-fikirkanlah  demi kebaikan bersama…………..

Sarang maksiat di Kota Bharu- Thank You Kickdefella !

Rumah dipercayai pusat pelacuran runtuh


KOTA BHARU 15 Feb. – Sebuah rumah usang di Lorong Limau Manis di sini yang dipercayai menjadi pusat maksiat sejak puluhan tahun lalu, tiba-tiba runtuh di bahagian lantainya ketika diserbu penguat kuasa dalam operasi bersepadu malam tadi.

Runtuhan di tingkat satu rumah papan itu yang menempatkan beberapa bilik kecil menyebabkan seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pelacuran di situ cedera di kaki kiri.

Dia dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan.

Selain itu, beberapa anggota penguat kuasa yang terlibat dalam operasi bersepadu itu turut tercedera akibat ditimpa serpihan kayu bagaimanapun tiada kecederaan serius.

Operasi pukul 10.30 malam itu diketuai oleh Ketua Unit Pembangunan Insan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MKPB-BRI) dengan bantuan 27 anggota MKPB-BRI, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheaik).

Dalam serbuan itu, enam orang ditemui berada di dalam rumah tersebut iaitu seorang lelaki, tiga wanita dan dua kanak-kanak.

Dua lagi lelaki ditahan kerana berada di luar rumah dengan seorang daripada mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas.

Bagaimanapun, ketika serbuan tiada sebarang aktiviti pelacuran dikesan dan kedua-dua individu ditahan merupakan rakyat Malaysia berketurunan Siam.

Lorong Limau Manis terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah terkemuka di negeri ini terkenal dengan kegiatan maksiat yang dipercayai telah wujud sejak hampir 20 tahun lalu.

Kegiatan maksiat di kawasan itu dilaporkan di dalam sebuah blog baru-baru ini yang turut menggesa agar kerajaan negeri mengambil langkah segera membendungnya.

Dalam pada itu, Setiausaha MPKB-BRI, Mohd. Anis Hussin berkata, dua lelaki yang ditahan di luar rumah tersebut telah dibawa ke balai polis berdekatan untuk ujian air kencing manakala kesemua ditahan di dalam rumah telah dibebaskan.

Jelas beliau, operasi itu diadakan secara bersepadu untuk membuktikan ketegasan Kerajaan Pas Kelantan membanteras kegiatan maksiat yang berlaku di kawasan tersebut.

“Ini adalah permulaan operasi kita yang akan dilakukan secara berterusan kerana kita mahu semua pihak mengambil berat mengenai kegiatan haram seperti ini di negeri ini.

“Selepas ini banyak lagi operasi bersepadu akan dilakukan bukan setakat pencegahan maksiat tetapi premis-premis yang menjual arak dan pusat perjudian akan turut dihapuskan,” tegas beliau.

Menurut beliau, operasi semalam merupakan yang kedua dijalankan dalam tempoh dua hari dan beberapa individu serta barang perjudian telah dirampas sebelum ini.

Ujarnya, dalam operasi malam kelmarin di tiga tempat berlainan, dua lelaki telah ditahan manakala 23 unit komputer dirampas dari sebuah premis Internet di Jalan Kelochor di sini kerana dipercayai digunakan untuk urusan perjudian.

Dipetik daripada;

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

Baca juga di sini;

http://kickdefella.wordpress.com/2011/02/12/orang-kelantan-mudah-lupa-pt-2-mpkb-bandar-raya-islam-sakit-sebelah-mata/

http://kickdefella.wordpress.com/2011/02/11/orang-kelantan-mudah-lupa-dari-serambi-mekah-ke-serambi-golok-pt-1/

towardsmardhatillah:

Saya difahamkan bahawa operasi pelacuran di kawasan ini sudah lama bergiat aktiviti lebih kurang 20 tahun. Sebelum ini kegiatan tidak sihat ini sudah pupus  selepas PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan pada tahun 1990. Namun dalam diam-diam, aktiviti maksiat ini kembali bermaharaja lela kembali. Walaupun begitu, terima kasih saya ucapkan kepada Kickdefella (Syed Azidi) diatas kepekaan beliau dalam masalah ini. Meskipun saya dan dia berlainan dari segi fahaman politik, namun dalam soal amar maaruf dan nahi mungkar, adalah amat wajar untuk kita berterima kasih kepada beliau di atas pendedahan yang begitu terperinci dalam blog beliau berkaitan dengan aktiviti maksiat ini.  Sepatutnya sudah lama MPKB BRI bertindak dalam masalah ini dan bukannya membiarkan sahaja ia membarah hinggakan terpaksa didedah dalam blog kickdefella. Pihak MPKB BRI bertanggungjawab dalam menangani segala gejala maksiat mengikut kemampuan bidang kuasa yang dimiliki.

Parlimen Iran gesa hukuman gantung

AHLI Parlimen Iran melaungkan hukuman gantung ke atas Mousavi dan Karroubi pada sidang, di Teheran, semalam.

Ketua pembangkang disyaki dalang rusuhan

TEHERAN: Anggota Parlimen Iran semalam mendesak pemimpin pembangkang dihukum gantung sehingga mati selepas didakwa menyokong keganasan dan tunjuk perasaan antikerajaan sehingga menyebabkan seorang terbunuh.

Kumpulan anggota Parlimen berkenaan menamakan Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi sebagai pemimpin pembangkang yang menggesa tunjuk perasaan di Teheran bagi menyokong kebangkitan di wilayah Arab yang kemudian bertukar kepada tunjuk perasaan antikerajaan dan pertempuran dengan polis.

Bekas presiden Mohammad Khatami, turut dikecam berikutan ucapan terbukanya yang menyokong gerakan pembangkang yang membantah keputusan pilihan raya presiden pada Jun 2009.

“Mousavi dan Karroubi perlu digantung! Maut untuk Mousavi, Karroubi dan Khatami!” laung Ahli Parlimen kerajaan pada sidang yang berlangsung semalam, yang dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Ahli Parlimen berkenaan berkata, Amerika, Britain dan Israel mendalangi tunjuk perasaan kelmarin dengan memperalatkan pemimpin pembangkang yang menurut Speaker Parlimen, Ali Larijani ‘disesatkan’ oleh musuh negara itu.

“Parlimen mengecam Zionis, Amerika, tindakan antinegara dan antipembaharuan yang didalangi kumpulan penghasut. Bagaimana orang seperti Mousavi dan Karroubi, boleh terjerumus ke dalam perangkap Amerika?
“Bukankah mereka sepatutnya lebih berhati-hati ketika memberi sokongan kepada Amerika dan Israel, monarki dan Monafeghin?” kata Larijani merujuk kepada kumpulan Mujahedden Rakyat Iran (PMOI) yang dianggap sebagai kumpulan pengganas.

Beliau juga menggesa sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu dan ‘bersemuka’ dengan pergerakan pembangkang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Iran, Ahmad Reza Radan, berkata Amerika, Britain dan Israel terbabit mengarahkan ‘perhimpunan haram’ kelmarin.

Walaupun Iran mengharamkan perhimpunan itu dan keadaan dikawal ketat pasukan keselamatan, manakala Mousavi dan Karroubi dikenakan tahanan dalam rumah, penyokong pembangkang tetap berhimpun di jalan raya di Teheran kelmarin.

Sebuah laman web melaporkan, tunjuk perasaan itu kemudian bertukar ganas, menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

Radan semalam mengesahkan laporan awal yang menyatakan seorang penunjuk perasaan terbunuh, manakala sembilan anggota keselamatan dan sekumpulan orang awam cedera dalam tunjuk perasaan berkenaan. – AFP

Towardsmardhatillah:

Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya (memerangi hukum Allah) serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah; dengan dibunuh balas (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas ), atau dipalang/disalib (kalau mereka membunuh dan merampas) atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang  (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum dalam sesebuah negara Islam).   Surah al-Maidah, ayat 33.