Parlimen Iran gesa hukuman gantung

AHLI Parlimen Iran melaungkan hukuman gantung ke atas Mousavi dan Karroubi pada sidang, di Teheran, semalam.

Ketua pembangkang disyaki dalang rusuhan

TEHERAN: Anggota Parlimen Iran semalam mendesak pemimpin pembangkang dihukum gantung sehingga mati selepas didakwa menyokong keganasan dan tunjuk perasaan antikerajaan sehingga menyebabkan seorang terbunuh.

Kumpulan anggota Parlimen berkenaan menamakan Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi sebagai pemimpin pembangkang yang menggesa tunjuk perasaan di Teheran bagi menyokong kebangkitan di wilayah Arab yang kemudian bertukar kepada tunjuk perasaan antikerajaan dan pertempuran dengan polis.

Bekas presiden Mohammad Khatami, turut dikecam berikutan ucapan terbukanya yang menyokong gerakan pembangkang yang membantah keputusan pilihan raya presiden pada Jun 2009.

“Mousavi dan Karroubi perlu digantung! Maut untuk Mousavi, Karroubi dan Khatami!” laung Ahli Parlimen kerajaan pada sidang yang berlangsung semalam, yang dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Ahli Parlimen berkenaan berkata, Amerika, Britain dan Israel mendalangi tunjuk perasaan kelmarin dengan memperalatkan pemimpin pembangkang yang menurut Speaker Parlimen, Ali Larijani ‘disesatkan’ oleh musuh negara itu.

“Parlimen mengecam Zionis, Amerika, tindakan antinegara dan antipembaharuan yang didalangi kumpulan penghasut. Bagaimana orang seperti Mousavi dan Karroubi, boleh terjerumus ke dalam perangkap Amerika?
“Bukankah mereka sepatutnya lebih berhati-hati ketika memberi sokongan kepada Amerika dan Israel, monarki dan Monafeghin?” kata Larijani merujuk kepada kumpulan Mujahedden Rakyat Iran (PMOI) yang dianggap sebagai kumpulan pengganas.

Beliau juga menggesa sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu dan ‘bersemuka’ dengan pergerakan pembangkang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Iran, Ahmad Reza Radan, berkata Amerika, Britain dan Israel terbabit mengarahkan ‘perhimpunan haram’ kelmarin.

Walaupun Iran mengharamkan perhimpunan itu dan keadaan dikawal ketat pasukan keselamatan, manakala Mousavi dan Karroubi dikenakan tahanan dalam rumah, penyokong pembangkang tetap berhimpun di jalan raya di Teheran kelmarin.

Sebuah laman web melaporkan, tunjuk perasaan itu kemudian bertukar ganas, menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

Radan semalam mengesahkan laporan awal yang menyatakan seorang penunjuk perasaan terbunuh, manakala sembilan anggota keselamatan dan sekumpulan orang awam cedera dalam tunjuk perasaan berkenaan. – AFP

Towardsmardhatillah:

Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya (memerangi hukum Allah) serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah; dengan dibunuh balas (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas ), atau dipalang/disalib (kalau mereka membunuh dan merampas) atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang  (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum dalam sesebuah negara Islam).   Surah al-Maidah, ayat 33.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: