Archive for March, 2011

Siapa ganti Nasha ???…

Husam belum ada keputusan

SHAH ALAM – Ikut ceritanya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (gambar) seperti akan mendapat laluan mudah untuk mengekalkan jawatan pada muktamar parti yang dijadualkan Jun ini.

Namun dalam masa yang sama, sudah tersebar khabar kononnya beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan itu.

Jika benar, persoalannya adalah mengapa. Dan satu lagi pertanyaan yang menyusul, siapa yang akan dipilih untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya?

Dua nama besar dalam Pas, yang dipercayai mempunyai penyokong paling ramai dalam kalangan pemimpin pelapis parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub – kedua-duanya Naib Presiden – sudah mengisytiharkan bahawa mereka tidak berminat untuk mengintai kerusi Timbalan Presiden.

Ini sedikit berbeza dengan satu lagi nama pilihan, Datuk Husam Musa yang dalam kenyataan di sini petang semalam, tidak memberi sebarang kata muktamad.

Ketika ditanya Sinar Harian, Husam yang masih diingat alasannya ketika mencabar Nasharuddin pada pemilihan dua tahun lalu, sekadar berkata: “Saya masih belum buat keputusan. Sekarang adalah masa untuk beri tumpuan pada Pilihan Raya Sarawak.”

Pada pemilihan 2009, Husam mencabar Nasharuddin dengan alasan, sudah ada keraguan dalam kalangan ahli Pas soal hubungan sulit dengan UMNO berkaitan isu Kerajaan Perpaduan yang secara sinikal ditujukan kepada Timbalan Presiden itu.

Bagaimanapun, ada juga pendapat, Husam dikatakan tokoh paling layak dalam kalangan orang kepercayaan Nik Aziz untuk bertanding bukan sahaja jawatan Timbalan Presiden, malahan juga Presiden bagi mempertahankan Menteri Besar Kelantan itu yang kadang kala dilihat tidak sealiran dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada pemilihan 2009, Husam yang ketika itu memegang jawatan Naib Presiden Pas tewas kepada Nasharuddin bagi perebutan kerusi Timbalan Presiden.

Beliau mendapat 281 undi berbanding Nasharuddin yang mendapat 480 undi untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak 2007.

Seorang lagi Naib Presiden ketika itu, Mohamad Sabu pula hanya mendapat 261 undi.

Dalam pada itu, sumber dalaman parti ketika dihubungi semalam mengesahkan, Nasharuddin hampir pasti akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini.

Sumber itu juga mengatakan, khabar angin kononnya Ahli Parlimen Bachok itu tidak akan bertanding adalah tidak benar.

“Ustaz Nasha akan buat pengumuman rasmi mengenai perkara itu dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin ketika dihubungi menyatakan “Saya tidak layak untuk ke jawatan itu (Timbalan Presiden).”

“Jika saya bertanding, saya hanya berminat untuk mempertahankan jawatan yang sudah disandang (Naib Presiden). Itupun terpulang kepada perwakilan untuk menilai sama ada mahu mengekalkan saya, atau sebaliknya,” katanya.

Tuan Ibrahim pula berkata “Saya sudah ada keputusan yang dibincang bersama parti iaitu saya tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Saya harap nama saya tidak akan dicalonkan. Biarlah mereka yang lebih layak pergi ke jawatan itu.”

Seorang lagi Naib Presiden yang juga boleh dianggap calon ‘favourite’ bagi kerusi Timbalan Presiden, Datuk Mahfuz Omar, juga seperti Husam, tidak memberi sebarang kata putus.

“Saya belum fikir (untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden). Banyak isu lain yang lebih perlu diberi perhatian. Apa pun, terpulang kepada ahli parti,” katanya.

Dipetik dari:

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8914443.asp

Family Day and BBQ Night -Duta Village Beach Resort

Check in

Turun ke pantai...

Acara isi air laut dalam botol

Steady... steady cepat !

Mas Arman

Acara cari gula-gula atau cari gandum nih ?

Main air ghetek eh

Mr.Najib Md.Ozman

Acara kanak-kanak

Kita dapat hamper

Mr.Inoza Ismail

Mr.Fadhil

Barisan Nasional Tong Najis!

Setiap kali Barisan Nasional menimbulkan sebarang provokasi terhadap Anwar Ibrahim, maka setiap kali itulah rasa loya dan meluat rakyat terhadap kerajaan barisan Nasional semakin membuak-buak.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/25/mstar_berita/20110324151917&sec=mstar_berita

Apa yang penting dan wajar diketahui oleh sekalian umat Islam ialah; setiap permasalahan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana muslim/muslimah adalah wajib dibicarakan berasaskan perundangan Syariat Islam. Oleh itu, sebarang perbicaraan yang jelas lari dari konsep dan prinsip serta lunas-lunas syariat Islam seperti mana yang sedang dialami oleh Anwar Ibrahim adalah merupakan satu proses perbicaraan mahkamah yang dimurkai Allah! Dimanakah letaknya keberkatan? Dimanakah hilangnya keredhaan Ilahi?  Menipu dan menipu dan menipu dan terus menipu demi kepentingan diri masing-masing adalah budaya rutin dalam kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Soal maruah dan imej tolak ke tepi ! Yang penting buat apa saja mudah-mudahan kerusi dan kerajaan B.N tak goyah. Soal haram atau halal dalam berpolitik  jangan dipeduli! Asalkan Barisan Nasional terus kekal menzalimi rakyat!

Barisan Nasional nih adalah Tong Najis! Memang tong najis perlu ada dan perlu diwujudkan juga atas muka bumi nih kerana ia juga berperanan penting, iaitu; untuk mengumpul sekalian jenis kotoran dan najis dalam satu rumpunan khusus. Sesiapa yang memang suka berlumuran dengan najis sahaja yang sesuai untuk berada dalam tong najis nih!

Sebagai renungan untuk kita bersama….

Gambar hiasan

Peringatan Dari Saidina Umar Abdul Aziz kepada Seluruh Pemegang2 Jawatan Dalam PAS

Saya diberitahu supaya jangan menaikkan sangat isu “kereta-kereta” mewah beberapa tokoh dalam PAS kerana kereta2 tersebut adalah hadiah dari para simpatisan parti dan bukan dibeli dengan wang sendiri.

Saya nak nukil sebuah kisah dari sebuah buku yang saya baca bertajuk “Korupsi Dalam Pandangan Islam” yang diterbitkan di Indonesia.

Dalam buku tersebut dinukilkan sebuah kisah yang berlaku kepada Saidina Umar Abdul Aziz. Pada satu hari, Saidina Umar telah berniat untuk membeli sepasang pakaian baru untuk isteri tercinta beliau. Maka dipanggil pembantu beliau untuk mendapatkan harga sepasang pakaian tersebut. Maka, pembantu beliau pun pergi ke kedai untuk mengambil harga. Sekembali dari kedai, pembantu tersebut pun memberitahu akan harga pakaian tersebut. Ternyata harganya mahal dan Khalifah tidak mempunyai cukup wang untuk membeli pakaian tersebut. Tapi, pembantu itu berkata itu tiada masaalah kerana penjual2 baju tersebut sanggup memberikan hutang pada Khalifah sementara menunggu gaji dibayar pada Khalifah.

Mendengar khabar tersebut, Saidina Umar Abdul Aziz membatalkan hasrat beliau sama sekali. Saidina Umar berkata kalaulah beliau bukan Khalifah, adakah pekedai itu akan memberikan beliau hutang? Ertinya hutang tersebut adalah satu bentuk “rasuah” kerana jawatan Khalifah digunakan untuk kepentingan cagaran untuk kepentingan pribadi beliau. Kalau beliau bukan Khalifah nescaya beliau tidak akan diberikan hutang.

Jelas dari perkhabaran ini bahawa meletakkan jawatan sebagai cagaran juga adalah satu bentuk rasuah dalam Islam (Nota: Dalam bahasa Arab pun ia dipanggil rasuah).

Sekarang saya nak tanya:

Adakah kalau kamu bukan anak MB, menantu MB, saudara mara MB, Ketua Penerangan Negeri, Ketua Pemuda Negeri, YDP2 Kawasan, AJK2 Kawasan, Ketua Penerangan Pemuda Negeri ataupun pemegang apa-apa jawatan dalam parti, kamu akan diberikan hadiah kereta-kereta mewah tersebut yang bernilai ratusan ribu ringgit? (sama harga atau lebih mahal dari rumah teres dua tingkat di Selangor pulak tu).

Saya yakin jawapannya adalah TIDAK. Masa belum memerintah dulu, apasal diorang ni semua tak datang bagi kereta-kereta mewah ni pada kamu? Penerimaan kamu semua atas hadiah2 yang mahal ini dikategorikan sebagai RASUAH oleh SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ
(bukan saya yang cakap). Kamu diberi hadiah kerana jawatan kamu bukan sebab kamu layak diberi hadiah.

Kalau betul kamu nak terima sedekah, apa salahnya kamu ambil wang dan wang tersebut dibahagi2kan pada fakir miskin. Saya pun boleh tolong bahagi2kan wang tersebut di sini. Di tempat saya ni, orang fakir dan miskin ni TERLAMPAUUUUU RAMAIIIII. Ada yang sudah 10 tahun makan nasi dengan tempe sebab tak mampu nak beli benda lain. Demi Allah ini bukan cerita dongeng.

Ada satu famili 5 beranak sudah 10 tahun tinggal dalam reban ayam kerana tak mampu nak beli rumah. Wang yang didapati hanya cukup-cukup untuk makanan sahaja.
PAS wajib mengketegorikan pemberian hadiah2 seperti ini sebagai RASUAH kerana mengikut jejak langkah Saidina Umar Abdul Aziz RA kalau PAS mahu terus releven dan diredhai Allah SWT.

Beberapa Contoh Bagaimana Dahulu Pimpinan-Pimpinan PAS Menyelamatkan Kos Dalam Berjuang

Ini adalah beberapa contoh yang dapat saya ingat:

1.0 Abang Mat Sabu satu masa dahulu akan pergi balik ke tempat-tempat ceramah dengan menumpang van penjual-penjual keset. Ini kerana apabila ada ceramah Mat Sabu maka ramaiii orang akan datang menjadikan penjualan keset pun laris. Jadi, Abang Mat selamatkan kos beliau dari segi “travelling”

2.0 Pemimpin-pemimpin PAS dahulu biasanya akan menumpang rumah sahabat-sahabat. Misalnya, Tok Guru Nik Aziz dahulu kalau ke Kuala Lumpur akan menumpang duduk di rumah adik beliau, Al Fadhil Ustaz Nik Radzi Nik Mat di ITM Shah Alam. Kalau tidak, biasanya pimpinan2 PAS ni semua akan tidur di Markaz Tarbiyyah

3.0 Arwah Ustaz Fadzil dulu pernah jual sabun semata-mata untuk cari duit tambang nak pergi ke tempat program dan ceramah. Terutama waktu Ustaz Fadzil dipecat dari UTM dan waktu itu Ustaz Fadzil langsung tiada sumber pendapatan. Dan pada waktu itu pun, PAS baru sahaja kena tendang dari BN dan berada dalam keadaan amat lemah sekali.

4.0 Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tu naik semata-mata duit DERMA dari penyokong dan pendokong PAS. Apabila wang jadi kering, maka akan diadakan ceramah di tapak Markaz Tarbiyyah yang belum siap itu untuk mengumpul dana. Ada duit kerja jalan, takda duit, buat ceramah.

5.0 Ada seorang bekas exco Pemuda Pusat zaman Asri memberitahu punya miskin pejuang2 PAS dahulu, sampai terpaksa beli kopi secawan dan telor sebiji kemudian dikongsi tiga orang buat mengalas perut. Punya takda duit masa tu.

Mewahnya Hidup Sekarang Ni Yeee?

Jadi, sekarang ni saya tak faham. Macamana boleh diorang ni hidup mewah semewah-mewahnya?

Datang Muktamar di Shah Alam boleh duduk hotel lima bintang di suite yang paaaalllinnnnng mahal.

Nak tau betapa eksklusif,sila klik disini

(http://shahalam.concordehotelsresorts.com/rooms_premier_suite.php).

Lagi hairan, baru pegang exco pemuda negeri beberapa bulan dah tukar kereta Mercedez, kereta Avo etc. Kalau tak pegang jawatan-jawatan ni, boleh ke dapat kereta2 mewah ni semua?

Dahulu saya pernah dimarahi oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR sekarang ini kerana saya mempersoalkan “mana Ezam Mat Nor dapat duit beli banglo di Shah Alam?”. Teruk saya kena marah masa tu. Na, sekarang ni sapa yang “eating humble pie”? MP tu jumpa saya pun buat-buat tak nampak.

Dalam PAS pun ada pemimpin yang tiba-tiba sahaja boleh pindah Banglo. Kalau mampu pun kenapa nak pindah Banglo. Imej pimpinan2 PAS adalah imej sederhana. Duit nak pakai banyak untuk perjuangan bukan untuk kemewahan.

Lagi satu, ada orang kata saya dibayar Husam Musa. Saya nak bagitau gaji saya sebulan 6 kali ganda elaun Husam Musa sebagai exco. Macamana Husam nak beli saya? Cuba jawab.

Begitulah muhasabah saya sedikit sebanyak

Wallahulam bissawab

Tulang Besi

Dipetik dari:

http://www.malaysiawaves.com/2009/11/peringatan-dari-saidina-umar-abdul-aziz.html

Aquaria

Lepas check out dari Teluk kemang,  kami semua menuju ke KLCC. Perjalanan untuk sampai ke sana memakan masa lebih kurang 1 jam 45 minit dengan melalui terowong smart.

Parking kereta kat bawah bangunan KLCC

Menunggu lift...

Abe Apih & Ummi

Menuju ke Aquaria

Menunggu giliran beli tiket

Lokasi terakhir kami ialah Aquaria. Banyak photo-photo  yang diambil di sini agak kurang  jelas kerana pihak Aquaria tidak membenarkan para pengunjung menggunakan flash semasa mengambil gambar bagi mengelakkan haiwan-haiwan yang ada di sini rasa cemas, stress  dan jadi kurang selesa.

Species ikan yang mula-mula sekali dipamer selepas kaunter tiket

Ikan Naga...species nih ada dalam Zoo Kemaman

 

Belangkas

Ummi dan Hakim dalam terowong Aquaria

 

Ayah Su, MakSu dan Balkis

Salah seekor jerung yang melintasi atas kepala saya

Besar pari nih!

Bersurai....

Lebih kurang pukul 4:00 petang kami semua berpisah dan mengambil haluan sendiri untuk pulang ke destinasi masing-masing.  Anak beranak akan berkumpul semula pada bulan Jun nanti di Kota Bharu…..InsyaAllah.

Teluk Kemang, Negeri 9 (part 4)

Pantai Port Dickson tak jauh jaraknya dari penginapan kita……

Bersiar di Pantai Port Dickson

Pertama kali sentuh ular sawa

eikkkkk geli weeeeh

Abg Apih sentuh ular sawa

Ayah Su dan Ayah Long try urutan refleksologi

Main-main kat PD dulu sebelum kelik ke apartment....

pakat main bola

Bila Ayah Long jadi Maradona....

Makan remis lepas main bola

31 orang semua sekali termasuk saya

Check out dan 5 buah MPV terus menuju ke KLCC

Teluk Kemang, Negeri 9 (Part 3)

Budak-budak pakat main pelapung

Kena awasi budak-budak ghetek

Cari remis

Penuh periuk....remis yang dikutip

Kak Long di dapur

Dapur berasap sokmo

Best sengotti nih....ikan siakap kukus

Remis yang dikutip telah siap direbus

Selain ayam dan sotong, udang dan ikan juga turut dibakar

Our dinner

Teluk Kemang, Negeri 9 (Part 2)

Aktiviti selepas pukul 12 malam.

Ayah Wan, Ayah Chik dan Ayah Long

Ayah Chik duk ajar cara terbaik letak umpan di mata kail

Hanya kaki pancing saja yang sanggup berjaga sampai pukul 4 pagi

Kena sabar walaupun tak dapat ikan

Hobi Ayah Long dan Ayah Chik sejak kecil hingga kini

Joran juga perlu ditongkat

Teluk Kemang, Negeri 9 (part 1)

Tidur dalam perjalanan ke Negeri 9

Lunch di Temerloh

Pukul 4:30 p.m, 3 buah MPV sampai ke Teluk Kemang. Dua buah MPV lagi menyusul kemudian.

3 hari 2 malam di sini

Dari pandangan sisi yang menghala ke laut

Mek, Mak Ngah, Mak Wan (duk riba anak) dan Chik

Chik menyiapkan makanan untuk breakfast, lunch dan dinner. Apartment 3 bilik dan 1 dapur.

Mandi air laut sebelum maghrib

Men In White – The Untold Story

Haji Nasir Daud

Bulan lepas, bekas Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Tuan Haji Nasir Daud (Abe Sir) meminjamkan kepada saya buku yang amat menarik. Tajuknya “Men in White (The Untold Story of Singapore`s Ruling political Party)”. Kuantitinya amat tebal dengan halaman muka surat sebanyak 962 termasuk bibliografi. Banyak-kisah-kisah yang tidak  highlightkan oleh media-media semasa pada ketika itu dinyatakan di dalamnya. Kisah-kisah sejarah politik silam masyarakat Cina Singapore dan Tanah Melayu merupakan topic utama yang dihurai secara panjang lebar.   Oleh kerana terlalu tebal, rasanya saya perlu mengambil masa yang agak lama juga untuk menerokai  isikandungan buku ini. Lantaran ketebalannya, ia juga agak begitu best dijadikan bantal oleh mana-mana kaki tidur dan yang malas membaca.  Jangan bimbang, saya tak buat buku nih sebagai bantal dan setakat nih saya baru sempat baca sampai halaman 20. Ini kerana saya juga terpaksa agih-agihkan masa bacaan saya untuk membaca bahan-bahan yang lain juga . Terima kasih Abe Sir….

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.