Bila USA mahu berlagak hero……..

Inilah antara kesan negatif bila USA berlagak jadi hero dunia

Gambar-gambar askar USA merogol wanita Iraq

Bukan pertama kali tapi sudah berulang kali USA cuba tampil sebagai hero dunia.  Mana-mana tempat pun USA mahu campur tangan. Yang pasti setiap kali campur tangan USA dalam hal ehwal politik negara lain, sudah tentu natijahnya merugikan  semua warga  negara yang dicampuri itu. Maklamat utama campurtangan hanyalah untuk memperokperandakan lagi situasi politik sesebuah negara yang bergolak. Di Vietnam, USA kalah teruk.  Ramai askar-askar USA yang kalah pulang dalam keadaan  tertekan jiwa mereka. Di Iraq, meskipun Saddam Hussien mati di tali gantung tapi semangat juang rakyat Iraq masih tetap utuh. Hingga kini USA masih belum mengeluarkan semua askar-askar dari bumi Iraq. Dalam perkembangan terbaru di Tunisia, USA agak tersentak dengan keberanian rakyat Tunisia yang bangkit menentang Ben Ali sekeluarga. Segala-galanya berlaku dalam tempoh yang agak singkat. Segenap lapisan masyarakat majmuk Tunisia bergabung tenaga dan idea untuk menumbangkan diktaktor zalim yang hanya tahu meraih kekayaan dari bumi Tunisia tanpa mempedulikan nasib dan penderitaan rakyat.  Golongan pro-Islam dan nasionalis Arab bersatu atas dasar asabiyyah Arab demi menggulingkan asabiyyah pentadbiran politik yang zalim. Oleh kerana proses kejatuhan Ben Ali begitu cepat daripada yang dijangka, maka  USA tidak berpeluang untuk muncul berdabik dada “Akulah hero yang sebenarnya…..”.  Kejayaan revolusi rakyat  di Tunisia begitu dicemburui oleh masyarakat Arab lain yang turut berada di bawah cengkaman kuku besi di negara masing-masing . Mesir, Bahrain, Yemen dan Libya turut sama bergolak. Apa yang ada dalam perancangan USA hanyalah satu keinginan agar seluruh bangsa Arab hancur dengan bertelagah dan berperang sesama sendiri. Langkah yang paling licik sekarang ialah; tunggu dan lihat sebelum bertindak.

Situasi politik yang didapati paling tegang lantaran pemimpin diktaktor yang enggan mengalah dan sanggup membunuh rakyatnya sendiri berlaku di Libya. Dalam masa yang sama, rakyat Libya juga sanggup mati dan enggan mengalah.  Berbeza dengan situasi di Tunisia Ben Ali dan ahli keluarganya lari meninggalkan negara itu. Begitu juga dengan Husni Mubarak di Mesir yang turut mengambil langkah yang sama. Namun di Libya, Muammar Ghadafi dan anak beranaknya masih mahu bermaharaja lela meskipun sudah banyak lokasi dan wilayah-wilayah utama sudah ditawan oleh rakyat yang bangkit memberontak.  Lantaran ini, proses revolusi rakyat di Libya didapati lebih banyak mengorbankan nyawa rakyat dan lebih banyak memakan masa berbanding dengan apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Situasi ini memberi peluang untuk USA sekali lagi muncul serta mendabik dada sebagai wira dunia apabila sanggup mengumumkan untuk membekukan segala asset harta Muammar Ghadafi.  Malah USA turut sanggup menghantar tenteranya untuk mengalahkan Muammar Ghadafi. Tindakan sebegini  ini pernah dikena atas Saddam Husein satu ketika dulu. Jika askar-askar USA dihantar untuk masuk campur di Libya, maka ini bererti secara tidak langsung USA akan bertindak dan muncul sebagai penjajah di bumi Libya sebagaimana yang pernah dilakukan ke atas bumi Iraq. Lihatlah apa yang terjadi ke atas bumi Iraq kini dan inilah matlamat utama bila USA mahu berlagak hero…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: