Renungan sejenak lepas pilihanraya….

Setiap lepas pilihanraya, hasil postmotem adalah perlu dititikberatkan dan tidak wajar sekali dipandang ringan. Keputusan yang adil dan boleh diambil kira hanyalah jika sesuatu kemenangan ataupun kekalahan itu dinilai  secara menyeluruh dari sudut faktor dalaman dan juga faktor  luaran. Bukan hanya sekadar mengwar-warkan faktor luaran yang boleh dianggap begitu popular dalam setiap kempen pilihanraya, iaitu; pengundi hantu meskipun proses mewujudkan pengundi hantu oleh pihak Barisan Nasional sentiasa berterusan.  Sedangkan faktor dalaman yang paling utama tapi sering dipinggirkan ialah akhlaq. Dari segi bahasa akhlaq bermaksud; tabiat ataupun tingkahlaku. Manakala dari segi istilah ilmiah, akhlaq merupakan salah satu cabang ilmu falsafah yang berasaskan hikmat untuk keharmonian hidup bermasyarakat.   Bagi kaum muslimin, sudah pasti akhlaq yang yang perlu dicontohi adalah berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Topik akhlaq amat begitu luas  dan ia bukan hanya merangkumi soal tutur bicara yang halus agar jiwa-jiwa yang halus tidak terguris. Malah bidang ataupun sektor akhlaq adalah jauh lebih  luas daripada yang lazim difahami oleh sebahagian besar masyarakat masa kini. Akhlaq juga merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan amar maaruf dan nahi mungkar. Persoalannya; sejauh manakah rakyat sedar tentang ruang lingkup akhlaq ini dan sejauh manakah parti-parti politik yang sedia ada berperanan menjelas serta menerangkan defisini akhlaq yang sebenarnya???? Kata-kata seperti “PAS jangan jadi macam UMNO” juga termasuklah dalam agenda akhlaq. Disamping itu dari segi fitrahnya; wajar dihayati dan difahami bahawa pertarungan antara keadilan dan kezaliman sentiasa berlarutan hingga ke hari kiamat.

Dalam buku berjodol “Race, Politics and Moderation” oleh Ismail Kassim (hlm 1-12) menjelaskan betapa pihak penjajah telah menyediakan framework dan peranan parti-parti politik di Malaysia berasaskan bangsa kecuali parti PAS yang ditubuhkan berasaskan kepentingan syariat Islam.  Oleh itu, PAS ditubuhkan berasaskan akhlaq kerana hanya syariat Islam sahajalah yang mementingkan akhlaq. Jika ciri-ciri akhlaq antara pihak yang mendakwa berada di pihak yang memperjuangkan keadilan  dilihat lebih kurang sama dengan pihak yang berada dalam kezaliman, maka situasi ini secara tidak langsung sudah pasti merugikan pihak yang memperjuangkan keadilan. Dengan kewujudan framework ini,  parti-parti yang wujud berperanan mewakili pihak atau kelompok masing-masing dalam usaha memperjuangkan ideology masing-masing secara aman tanpa peperangan dan tanpa pertumpahan darah.  Sehubungan ini, berlumba-lumbalah parti-parti yang wujud di Malaysia dalam kerangka demokrasi untuk saling muncul ke depan sebagai parti pemerintah. Lantaran itu, berbagai kaedah dan cara digunakan termasuklah berbagai helah dan tipu daya.  Tidak dinafikan juga jika tipu helah dan muslihat secara berpanjang digunakan mampu menimbulkan rasa tidak puas hati di sebelah pihak yang teraniaya dan seterusnya boleh mengakibatkan pergaduhan tercetus meskipun sering didakwa bahawa  proses demokrasi di Malaysia  sentiasa terpelihara dan berjalan lancar.

Advertisements

One response to this post.

  1. Sejarah mencatatkan bahawa menentang toghut yang kaya dan zalim, akan memakan masa, tenaga dan kebijaksanaan yang tinggi. Perkara paling bodoh yang kita buat ialah meniru apa yang dilakukan oleh musuh kita. Menerima budaya musuh membuktikan kita tidak memiliki fikrah untuk melakukan yang lebih baik…makanya kita wajib kembali ke nas dan sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Ikhlas lebih utama, azam dan tawakkal menggerak usaha…ketaatan adalah ahala tujuan perjuangan. Insya Allah, segala kebaikan terserlah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: