Muhammad As A Military Leader

Sepertimana yang telah dinyatakan secara umum dalam artikel yang lalu (Renungan Sejenak Lepas Pilihanraya),  topic perbahasan tentang  akhlaq merupakan satu subject yang amat luas merangkumi segenap aspek kehidupan manusia.  Justeru, adalah amat ketinggalan zaman jika masih ada pendapat mengatakan bahawa akhlaq itu hanyalah berhubungkait dengan ulama, qiyammullail, zikir munajat dan sebagainya dengan mengenepikan usaha ataupun ikhtiar untuk meraih sesuatu kejayaan.  Keseimbangan itu adalah satu keperluan. Mengapa begitu??? Dalam buku berjodol “Muhammad As A Military Leader” oleh Afzalur Rahman mengupas bahawa;  Rasulullah yang merupakan manusia yang terpilih sebagai utusan Allah tidak hanya berdoa dan bertafakkur kepada Ilahi dengan membuang segala ikhtiar kerana itu merupakan lumrah fitrah kejadian makhluk yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta. Beliau sanggup berdepan dengan segala pancaroba kehidupan meskipun terpaksa mengalami luka-luka, malah turut pernah diracun dan patah gigi depan demi menegakkan kebenaran.  Berbagai jenis tektik dan strategic perang oleh Rasulullah  yang dinyatakan dalam buku tersebut juga merupakan bukti utama beliau tidak hanya berpeluk tubuh dengan berdoa ke hadrat Ilahi semata-mata tanpa sebarang usaha-usaha yang bijak untuk ditauladani. [1] Masalah kepincangan dalam pengaturan strategik perang wajib ditangani!

Akhlaq merangkumi  gaya kehidupan harian. Pada zaman kegemilangan Islam dulu, para perwira memang berminat dan bersemangat membela kuda-kuda perang dari keturunan baka yang molek bagi memudahkan pergerakan mereka di medan tempur. Oleh itu, tidak menjadi masalah jika para pemimpin Islam masa kini berkereta ataupun berkenderaan elok agar sentiasa rasa selesa ketika menjalankan tugas. Namun adakah wajar untuk bertindak lebih daripada keselesaan yang sepatutnya dikecapi dan dimiliki?  Sebagai contohnya; Budaya pemimpin UMNO bukan hanya berkereta mewah tapi juga suka bernombor plet mewah. Adakah wajar pemimpin PAS jadi macam UMNO juga? Pemimpin PAS boleh berkereta mewah kerana gaji seseorang wakil rakyat memang mampu untuk memiliki kereta mewah..tapi adakah wajar juga memiliki no plate mewah seperti pemimpin UMNO? Berapa harga nombor plate PAS 12? Adakah pemilik kenderaan nih tidak dianggap sebagai pemimpin PAS kalau tidak bernombor sedemikian yang perlu ditempah khusus??  Banyak lagi nombor-nombor plate lain yang  rasanya tidak perlu disebut  disini. Apa yang dinyatakan ini hanya merupakan contoh yang perlu direnung bersama selepas setiap kali pilihanraya. Mudah-mudahan renungan ini bermanafaat untuk dikongsi bersama. Gaya hidup angkuh yang diamalkan oleh para pemimpin UMNO turut meresapi sedikit demi sedikit dikalangan pemimpin PAS masa kini. Jika tiada sebarang langkah pembenterasan dilakukan, ia akan semakin membarah dan seterusnya akan memudharatkan parti PAS itu sendiri. Sekiranya gaya hidup dan penampilan sederhana oleh para pemimpin Islam tidak diketengahkan, bagaimanalah rakyat bawahan mampu untuk membuat penilaian yang telus? Bagaimana pula satu penilaian yang telus boleh dicapai jika dalam kepala hotak mereka bersarang satu ungkapan kata, iaitu “Pemimpin PAS sama macam UMNO”?. Adakah memadai  sekiranya  ahli-ahli PAS mampu mengekalkan imej luaran mereka yang gemar berserban, berkopiah, berminyak atar  dan berjanggut demi membezakan identity mereka dengan puak-puak UMNO kerana etika berpakaian juga termasuk dalam agenda akhlaq???? Sama-samalah kita renungkan bersama. Antara ciri-ciri akhlaq mulia yang wajar dimiliki oleh seseorang pemimpin ialah;

i)                    Mengakui kelemahan diri yang perlu diperbaiki dan disamping bertawakkal kepada Allah Taala.

ii)                   Tidak mendabik dada sebagai ulama’ serba boleh meskipun ada pihak lain yang mempromosi sedemikian rupa.

iii)                   Sanggup berkorban dan mengundur diri demi kepentingan parti dan tidak mendahulukan kepentingan peribadi.


[1] Buku  bertajuk Muhammad As A Military Leader ini juga pernah digunakan oleh Dato’ Husam Musa sebagai footnote dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Faktor-faktor Penentu Kemenangan”. Kertas kerja ini amat molek untuk ditelaah dari masa ke semasa untuk kita lebih memahami erti ikhtiar, kemenangan dan pertolongan Allah.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by Mek jah on 13 March 2011 at 8:36 am

    No. Plate TAK 11 hok YB Takiyuddin ko?

    Reply

  2. Salam. Ramai kita mengenali Rasulullah s.a.w sebagai seorang lelaki yang dilantik khas oleh Allah sebagai utusan kepada umatnya. Tatepa ramai juga yang tidak ambil tahu tetantang Baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah Pemerintah (politik) utama umat Islam, Panglima perang merangkap sebagai contoh dalam segala aspek kebaikan Islam serta pembenteras segala maksiat. Baginda sendiri adalah contoh manusia terbaik dan mengajak orang lain berusaha menjadi terbaik. Baginda adalah contoh penentang utama kekufuran dan kefasikan serta menyeru orang lain menentang habis-habisan akan kekufuran dan kefasikan!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: