Archive for April, 2011

Wanita Aceh pengsan disebat

IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.

BANDA ACEH – Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.

Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.

Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.

“Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain,” kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. – Agensi

Dipetik daripada:

http://www.kosmo.com.my/

Towardsmardhatillah:

Dimana menghilangnya suara para ulama’ dan cendikiawan Islam Indonesia ketika mana permasalahan ini timbul?  Adakah kemungkinan besar si perempuan ini pengsan kerana disebat dengan begitu kuat? Sudah terbuktikah mereka berdua ini berzina? Mengapa dirotan di halaman masjid? Adakah ini hukuman ta`zir ?  Ayooooooyyooooooooo…………..tindakan sesetengah umat Islam sebeginilah yang sering menyebabkan Islam dipandang sebagai ektremis……..Astaghfirullah!!!

PAS Mohon Maaf Atas Kematian Murid 7 Tahun

KANGAR: PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

“Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti,” katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa.

Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus’sele Eizan pula berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

“Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi,” katanya.

Dipetik daripada:

http://mstar.com.my/berita/

Kemunculan sesuatu isu merupakan keperluan dalam arena politik

Bagi penonton permainan bolasepak, sudah tentu mereka sedia maklum bahawa; bagi setiap perlawanan akan ada 2 kumpulan yang pro dan kontra  sepanjang ia berlangsung.  Aksi-aksi lincah, kekasaran di padang bola, layanan kad merah dan juga kad kuning serta  jaring gol merupakan faktor-faktor utama berlakunya fenomena kemuncak kemarahan dan juga kegembiraan antara kedua-kedua pasukan yang bertarung. Matlamat utama ialah untuk mengalah pasukan lawan masing-masing. Begitu jugalah halnya dengan situasi politik di tanahair kita masa kini. Secara umumnya di Malaysia kini terbentuk dua puak, iaitu; i) Puak Barisan Nasional dan ii) Puak Pakatan Rakyat.  Dalam pertarungan di arena politik, isu merupakan agenda utama.  Sama ada isu-isu yang digunakan itu selaras dengan kehendak syarak ataupun tidak (berbentuk fitnah), pada hakikat sebenarnya ia tetap memberi keuntungan kepada orang-orang politik.  Isu-isu dalam arena politik sebenarnya merupakan santapan ataupun hidangan minda kepada rakyat awam sahaja dan bukannya untuk mereka yang menjadi players.  Cara olahan, penyampaian dan bukti-bukti kukuh juga memainkan peranan utama setiap kali sesuatu isu diutarakan serta diketengahkan ke khalayak ramai sama ada melalui mana-mana media massa ataupun ceramah umum. Dalam masa yang sama, jangan sekali-kali abaikan faktor akhlak peribadi diri seseorang penceramah ataupun pembawa isu-isu berkenaan.

Dalam suasana marah dan juga gembira di kalangan rakyat dan juga para penyokong parti politik; Sama ada rakyat sedar ataupun tidak, sebenarnya kemunculan sesuatu isu itu menguntungkan kedua-dua belah pihak meskipun ia begitu amat menjijikkan dan bercanggah dari segi syarak. Ia tetap menguntungkan bagi setiap pihak yang tahu menilai erti seni berpolitik.  Sebagai contohnya isu tuduhan liwat dan zina terhadap Anwar Ibrahim.  Secara umumnya, memanglah Anwar dizalimi cengan corak pengadilan yang sedemikian rupa. Namun pada hakikat ia merupakan tambatan minda yang dibentuk  Barisan Nasional agar semua pihak menumpukan perhatian masing-masing kepada isu yang sememangnya jijik. Dengan kewujudan isu jijik ini, maka ia juga turut memberi peluang kepada mana-mana wakil rakyat dan juga party workers  dalam Pakatan Rakyat yang mempunyai masalah besar dengan rakyat dan parti masing-masing seperti Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Ustaz Nik Abduh, Haji Abdul Hadi Awang, Hj.Mustafa Ali, ustaz Tantawi   dan lain-lain lagi  untuk turut sama meratib kemungkaran tindakan Barisan Nasional. Dengan kata lain juga, kemunculan sesuatu isu itu merupakan keuntungan kepada mana-mana pihak yang pandai mengambil kesempatan.

Begitu jugalah contohnya dengan isu menantu Tok Guru di PMBK dulu. Kemunculan isu menantu Tok Guru ini meskipun telah menimbulkan kemarahan dikalangan rakyat Kelantan terutama sekali dikalangan para penyokong PAS tapi ia sebenarnya juga merupakan satu kebaikan bagi PAS itu sendiri. Setidak-tidaknya dengan pendedahan isu tersebut sedikit sebanyak dapat mengempur sikap angkuh dan malas bekerja di kalangan party workers yang hanya tahu mengharapkan acara ceramah umum pimpinan besar-besar sahaja. Dalam masa yang sama juga sudah tentu Barisan Nasional khususnya UMNO Kelantan akan mula  mencari peluang untuk menangguk di air yang keruh. Pendek kata, semua pihak akan mengambil manafaat daripada setiap isu yang timbul sama ada ianya benar ataupun secara fitnah semata-mata.  Cuma persoalannya; sejauh manakah kaedah ini mampu dipikul sebaik mungkin oleh mana-mana  ahli politik di kalangan pihak yang bertelagah dalam usaha menggalas amanah Allah dan juga amanah rakyat????

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/06/24/gapo-dio-parti-politik/

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/06/22/beberapa-pengertian-politik/

Nak sambung ngaji agama di mana lepas tamat sekolah menengah?

“ Nak sambung ngaji agama di mana lepas tamat sekolah menengah?”  merupakan persoalan yang sering berlegar dalam kepala otak ibubapa dan para pelajar lulusan agama/arab. Ramai yang kurang mengambil peduli bahawa; Ketekunan dalam menguasai ilmu pengetahuan itu adalah kunci kejayaan bagi setiap penuntut terutama sekali bagi mereka yang beraliran Arab/agama tak kira dimana saja mereka belajar. Sama sahaja belajar di mana-mana pun.  Di Mesir, di Sudan di Syria ataupun di mana sahaja, ketekunan untuk menguasai ilmu itu adalah satu tanggungjawab yang wajib diutamakan. Namun yang lebih afdhal sebenarnya ialah belajar di university tempatan dalam negara sendiri.  Itulah yang terbaik. Soal penguasaan bahasa Arab itu sebenarnya terpulang kepada situasi seseorang pelajar itu sendiri.  “Siapa yang tekun pasti dia mampu menguasai” dan ungkapan kata inilah yang sepatutnya diajar dan disemat serta ditanam oleh para guru dan para ibubapa dalam jiwa para pelajar masa kini. Pernah satu ketika beberapa orang pelajar tanya saya cara bagaimana untuk menyambung pelajaran mereka ke Sudan setelah mereka dapati saya mampu bertutur dalam bahasa Arab dengan begitu baik. Lantaran itu, secara ikhlas saya ceritakan kepada mereka “ Semasa pemergian saya dan lima orang rakan yang lain buat pertama kali ke Sudan, sebenarnya kami tidak diceritakan tentang situasi kehidupan dan way of life masyarakat di sana. Saya sendiri menyambil masa hampir dua tahun lebih untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Kalau awak tahan dengan segala pancaroba kehidupan susah, silakanlah…tapi jangan salahkan saya. Saya sebenarnya pun tak tahan juga tapi saya masih mampu bertahan….” . Mendengar penjelasan saya itu, semua pelajar  tersebut membatalkan hasrat keinginan mereka untuk mengaji di Sudan.

Dari satu sudut memang saya akui Sudan memang terbaik  untuk  sesiapa yang berminat menguasai Bahasa Arab berbanding dengan negara-negara Arab yang lain seperti Arab Saudi, Jordan dan lain-lain lagi. Faktor utama mengapa saya kata begitu ialah kerana majoriti masyarakat di Sudan adalah ramah dan baik terhadap para tetamu yang berada di negara mereka. Faktor ini merupakan faktor utama mengapa kami di Sudan mampu bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik.  Namun atas faktor situasi kehidupan susah dan cuacanya yang panas, Sudan secara automatic  tidak tersenarai sebagai   salah satu  lokasi pengajian favourite dikalangan mereka yang beraliran arab/agama.  Yang menjadi favourite dikalangan mereka ialah Jourdan, Mesir, Arab Saudi, Kuwait dan mana-mana lokasi yang telah mendapat pengiktirafan JPA. Fenomena ini mengakibatkan wujudnya Perkampungan Melayu di negara-negara Arab seperti mesir dan Jourdan dan sekaligus membantutkan penguasaan bahasa Arab dikalangan mereka.  Sedangkan International University of Africa (IUA) hingga kini  tidak mendapat pengiktirafan oleh pihak JPA.  Oleh itu, terpaksalah para pelajar lulusan agama/ arab di IUA  menyambung M.A untuk proses celup sijil.  Itupun belum tentu lagi seseorang itu berkelayakan untuk bertugas sebagai tutor ataupun pensyarah di mana-mana university tempatan ataupun tidak. Sesiapa yang terpilih itu adalah mereka yang bernasib baik.  Sesetengah daripada mereka yang menjadi guru-guru agama ada juga terpaksa celup sijil  sarjana muda yang di perolehi di IUA dengan salah sebuah university di Indonesia dengan mengaji dan kemudiannya menghasilkan sijil sarjana muda yang kedua semata-mata untuk naikkan gred tangga gaji . Begitu susah kehidupan ini…. Tak mengapalah bagi mereka yang mampu dan pandai berniaga  kerana bagi mereka ini; rezeki Allah ada di mana-mana meskipun ilmu yang mereka ada tidak dapat disalurkan kepada masyarakat kerana terpaksa mengharungi gaya hidup yang lain. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak ada kemampuan dan kepandaian dalam berniaga????? Oleh itu, nasihat saya kepada para pelajar di peringkat sekolah menengah Arab/agama;

i)                    Belajar bersungguh-sungguh dan kuasailah bahasa Arab sejak di bangku tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima/enam.

Kemudian seboleh-bolehnya cubalah ikhtiar agar mendapat tempat untuk belajar di mana-mana university dalam negara sahaja. Elakkan pengaliran wang Malaysia ke negara asing terutama sekali dalam situasi ekonomi yang penuh gawat ini.  Nasihat ini adalah bagi para pelajar yang merupakan anak-anak orang awam sahaja dan tidak termasuk anak-anak menteri, anak-anak exco dan anak-anak ahli perniagaan (korporat).

ii)                   Bagi mereka yang berjaya mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam negara; janganlah pula alpa serta terikut-ikut dengan gaya  kehidupan elite dikalangan mereka yang terdiri daripada anak-anak orang  berada.

iii)                  Jangan sekadar mengambil syarat dan tittle untuk berada di menara gading dan hanya belajar sekadar melepas batuk ditangga sahaja disamping perlu juga membudayakan tabiat suka membaca dalam kehidupan harian masing-masing.

Isu Bazaar Tok Guru…

Di saat Najib Tun Razak berucap penuh semangat untuk rampas kembali Pulau Pinang dalam PRU-13 akan datang, UMNO Kelantan juga turut berikhtiar menumbangkan PAS di Kelantan. Namun begitu sejauh manakah kemampuan serta keupayaan jentera UMNO Kelantan untuk menjayakan misi mereka??? Rata-rata kebanyakan isu-isu politik semasa tanahair seperti Isu tuduhan zina dan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan sebagainya tidak mampu untuk dijadikan sebagai satu mekanisme untuk menggulingkan kerajaan PAS Kelantan.  Memang confirmed semua isu itu tak mampu menggugatkan status PAS dalam PRU-13 akan datang.  Oleh itu, UMNO Kelantan mula mencanang serta mendendangkan isu Bazar Tok Guru demi meraih simpati undi rakyat Kelantan agar mereka mengalih undi mereka kepada Barisan Nasional. Meskipun begitu, berdasarkan pengamatan saya; isu Bazar Tok Guru ini hanya mampu menggugatkan sahaja status kerajaan PAS Kelantan tapi ia tidak mampu membantu Barisan Nasional dan UMNO untuk kembali berkuasa di Kelantan meskipun telah terbukti wujud kesilapan teknikal yang merugikan sepanjang proses mewujudkan Bazar tersebut. Meskipun begitu, dalam masa yang sama PAS Kelantan juga tidak wajar sekadar hanya duduk goyang kaki selesa atau pun turut sama menari mengikut tempo paluan gendang UMNO.  Tiada guna lagi UMNO membangkitkan tentang kisah-kisah silam Arif Fahmi sepanjang beliau  menjawat jawatan CEO PMBK dulu kerana beliau sendiri telah mengundur diri daripada jawatan itu. Segala tuduhan rasuah ke atas beliau dan mertuanya, Tok Guru Menteri Besar pun turut sama digugurkan oleh SPRM. Kalau nak dipanjang dan diwar-warkan tentang kerugian kerajaan Kelantan akibat kesilapan kira congak sebelum pembinaan Bazar Tok Guru pun memang semua pihak sudah sedia maklum…

Masih ada lagi dikalangan para peniaga yang masih tidak puas hati dengan kadar keluasan tapak niaga Bazar tersebut yang disediakan.  Masih kedengaran lagi desas-desus suara-suara yang enggan berganjak serta berpindah tapak niaga baru ini meskipun surat pekeliling oleh pihak berkuasa MPKB telah diedar dan dikuatkuasakan.  Kita semua hanya mampu tunggu dan lihat sahaja lama mana dan sejauh manakah rajuk dan rasa tidak puas hati oleh peniaga-peniaga tersebut yang enggan berpindah ke Bazaar Tok Guru nih????

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2011/01/17/bila-dato-pa-dah-naik-toncang/

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.