Isu Bazaar Tok Guru…

Di saat Najib Tun Razak berucap penuh semangat untuk rampas kembali Pulau Pinang dalam PRU-13 akan datang, UMNO Kelantan juga turut berikhtiar menumbangkan PAS di Kelantan. Namun begitu sejauh manakah kemampuan serta keupayaan jentera UMNO Kelantan untuk menjayakan misi mereka??? Rata-rata kebanyakan isu-isu politik semasa tanahair seperti Isu tuduhan zina dan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan sebagainya tidak mampu untuk dijadikan sebagai satu mekanisme untuk menggulingkan kerajaan PAS Kelantan.  Memang confirmed semua isu itu tak mampu menggugatkan status PAS dalam PRU-13 akan datang.  Oleh itu, UMNO Kelantan mula mencanang serta mendendangkan isu Bazar Tok Guru demi meraih simpati undi rakyat Kelantan agar mereka mengalih undi mereka kepada Barisan Nasional. Meskipun begitu, berdasarkan pengamatan saya; isu Bazar Tok Guru ini hanya mampu menggugatkan sahaja status kerajaan PAS Kelantan tapi ia tidak mampu membantu Barisan Nasional dan UMNO untuk kembali berkuasa di Kelantan meskipun telah terbukti wujud kesilapan teknikal yang merugikan sepanjang proses mewujudkan Bazar tersebut. Meskipun begitu, dalam masa yang sama PAS Kelantan juga tidak wajar sekadar hanya duduk goyang kaki selesa atau pun turut sama menari mengikut tempo paluan gendang UMNO.  Tiada guna lagi UMNO membangkitkan tentang kisah-kisah silam Arif Fahmi sepanjang beliau  menjawat jawatan CEO PMBK dulu kerana beliau sendiri telah mengundur diri daripada jawatan itu. Segala tuduhan rasuah ke atas beliau dan mertuanya, Tok Guru Menteri Besar pun turut sama digugurkan oleh SPRM. Kalau nak dipanjang dan diwar-warkan tentang kerugian kerajaan Kelantan akibat kesilapan kira congak sebelum pembinaan Bazar Tok Guru pun memang semua pihak sudah sedia maklum…

Masih ada lagi dikalangan para peniaga yang masih tidak puas hati dengan kadar keluasan tapak niaga Bazar tersebut yang disediakan.  Masih kedengaran lagi desas-desus suara-suara yang enggan berganjak serta berpindah tapak niaga baru ini meskipun surat pekeliling oleh pihak berkuasa MPKB telah diedar dan dikuatkuasakan.  Kita semua hanya mampu tunggu dan lihat sahaja lama mana dan sejauh manakah rajuk dan rasa tidak puas hati oleh peniaga-peniaga tersebut yang enggan berpindah ke Bazaar Tok Guru nih????

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2011/01/17/bila-dato-pa-dah-naik-toncang/

One response to this post.

  1. Memang payah mahu memuaskan hati semua orang. Insan paling baik lagi ma’sum ialah RASULULLAH s.a.w . Keputusan dan tindakan yg baginda buat ada juga juga yg tidak disetujui sepenuhnya oleh pengikut2 baginda s.a.w….apatah lagilah org Yahudi dan musyrikin / orang 2 kafir. Jelasnya mereka yg tidak puas hatia ialah kalangan UMporNO, manusia berotak Datuk Pa, Awg Adek, Ibrahim Ali, Perkasa, Pekida dan pro-gerombolan. cayalah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: