Nak sambung ngaji agama di mana lepas tamat sekolah menengah?

“ Nak sambung ngaji agama di mana lepas tamat sekolah menengah?”  merupakan persoalan yang sering berlegar dalam kepala otak ibubapa dan para pelajar lulusan agama/arab. Ramai yang kurang mengambil peduli bahawa; Ketekunan dalam menguasai ilmu pengetahuan itu adalah kunci kejayaan bagi setiap penuntut terutama sekali bagi mereka yang beraliran Arab/agama tak kira dimana saja mereka belajar. Sama sahaja belajar di mana-mana pun.  Di Mesir, di Sudan di Syria ataupun di mana sahaja, ketekunan untuk menguasai ilmu itu adalah satu tanggungjawab yang wajib diutamakan. Namun yang lebih afdhal sebenarnya ialah belajar di university tempatan dalam negara sendiri.  Itulah yang terbaik. Soal penguasaan bahasa Arab itu sebenarnya terpulang kepada situasi seseorang pelajar itu sendiri.  “Siapa yang tekun pasti dia mampu menguasai” dan ungkapan kata inilah yang sepatutnya diajar dan disemat serta ditanam oleh para guru dan para ibubapa dalam jiwa para pelajar masa kini. Pernah satu ketika beberapa orang pelajar tanya saya cara bagaimana untuk menyambung pelajaran mereka ke Sudan setelah mereka dapati saya mampu bertutur dalam bahasa Arab dengan begitu baik. Lantaran itu, secara ikhlas saya ceritakan kepada mereka “ Semasa pemergian saya dan lima orang rakan yang lain buat pertama kali ke Sudan, sebenarnya kami tidak diceritakan tentang situasi kehidupan dan way of life masyarakat di sana. Saya sendiri menyambil masa hampir dua tahun lebih untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Kalau awak tahan dengan segala pancaroba kehidupan susah, silakanlah…tapi jangan salahkan saya. Saya sebenarnya pun tak tahan juga tapi saya masih mampu bertahan….” . Mendengar penjelasan saya itu, semua pelajar  tersebut membatalkan hasrat keinginan mereka untuk mengaji di Sudan.

Dari satu sudut memang saya akui Sudan memang terbaik  untuk  sesiapa yang berminat menguasai Bahasa Arab berbanding dengan negara-negara Arab yang lain seperti Arab Saudi, Jordan dan lain-lain lagi. Faktor utama mengapa saya kata begitu ialah kerana majoriti masyarakat di Sudan adalah ramah dan baik terhadap para tetamu yang berada di negara mereka. Faktor ini merupakan faktor utama mengapa kami di Sudan mampu bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik.  Namun atas faktor situasi kehidupan susah dan cuacanya yang panas, Sudan secara automatic  tidak tersenarai sebagai   salah satu  lokasi pengajian favourite dikalangan mereka yang beraliran arab/agama.  Yang menjadi favourite dikalangan mereka ialah Jourdan, Mesir, Arab Saudi, Kuwait dan mana-mana lokasi yang telah mendapat pengiktirafan JPA. Fenomena ini mengakibatkan wujudnya Perkampungan Melayu di negara-negara Arab seperti mesir dan Jourdan dan sekaligus membantutkan penguasaan bahasa Arab dikalangan mereka.  Sedangkan International University of Africa (IUA) hingga kini  tidak mendapat pengiktirafan oleh pihak JPA.  Oleh itu, terpaksalah para pelajar lulusan agama/ arab di IUA  menyambung M.A untuk proses celup sijil.  Itupun belum tentu lagi seseorang itu berkelayakan untuk bertugas sebagai tutor ataupun pensyarah di mana-mana university tempatan ataupun tidak. Sesiapa yang terpilih itu adalah mereka yang bernasib baik.  Sesetengah daripada mereka yang menjadi guru-guru agama ada juga terpaksa celup sijil  sarjana muda yang di perolehi di IUA dengan salah sebuah university di Indonesia dengan mengaji dan kemudiannya menghasilkan sijil sarjana muda yang kedua semata-mata untuk naikkan gred tangga gaji . Begitu susah kehidupan ini…. Tak mengapalah bagi mereka yang mampu dan pandai berniaga  kerana bagi mereka ini; rezeki Allah ada di mana-mana meskipun ilmu yang mereka ada tidak dapat disalurkan kepada masyarakat kerana terpaksa mengharungi gaya hidup yang lain. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak ada kemampuan dan kepandaian dalam berniaga????? Oleh itu, nasihat saya kepada para pelajar di peringkat sekolah menengah Arab/agama;

i)                    Belajar bersungguh-sungguh dan kuasailah bahasa Arab sejak di bangku tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima/enam.

Kemudian seboleh-bolehnya cubalah ikhtiar agar mendapat tempat untuk belajar di mana-mana university dalam negara sahaja. Elakkan pengaliran wang Malaysia ke negara asing terutama sekali dalam situasi ekonomi yang penuh gawat ini.  Nasihat ini adalah bagi para pelajar yang merupakan anak-anak orang awam sahaja dan tidak termasuk anak-anak menteri, anak-anak exco dan anak-anak ahli perniagaan (korporat).

ii)                   Bagi mereka yang berjaya mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam negara; janganlah pula alpa serta terikut-ikut dengan gaya  kehidupan elite dikalangan mereka yang terdiri daripada anak-anak orang  berada.

iii)                  Jangan sekadar mengambil syarat dan tittle untuk berada di menara gading dan hanya belajar sekadar melepas batuk ditangga sahaja disamping perlu juga membudayakan tabiat suka membaca dalam kehidupan harian masing-masing.

Advertisements

One response to this post.

  1. Ana sangat setuju dgn petikan ini: ” Namun yang lebih afdhal sebenarnya ialah belajar di university tempatan dalam negara sendiri. Itulah yang terbaik. Soal penguasaan bahasa Arab itu sebenarnya terpulang kepada situasi seseorang pelajar itu sendiri.”

    Syabas, ini satu rencana yg baik.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: