Kemunculan sesuatu isu merupakan keperluan dalam arena politik

Bagi penonton permainan bolasepak, sudah tentu mereka sedia maklum bahawa; bagi setiap perlawanan akan ada 2 kumpulan yang pro dan kontra  sepanjang ia berlangsung.  Aksi-aksi lincah, kekasaran di padang bola, layanan kad merah dan juga kad kuning serta  jaring gol merupakan faktor-faktor utama berlakunya fenomena kemuncak kemarahan dan juga kegembiraan antara kedua-kedua pasukan yang bertarung. Matlamat utama ialah untuk mengalah pasukan lawan masing-masing. Begitu jugalah halnya dengan situasi politik di tanahair kita masa kini. Secara umumnya di Malaysia kini terbentuk dua puak, iaitu; i) Puak Barisan Nasional dan ii) Puak Pakatan Rakyat.  Dalam pertarungan di arena politik, isu merupakan agenda utama.  Sama ada isu-isu yang digunakan itu selaras dengan kehendak syarak ataupun tidak (berbentuk fitnah), pada hakikat sebenarnya ia tetap memberi keuntungan kepada orang-orang politik.  Isu-isu dalam arena politik sebenarnya merupakan santapan ataupun hidangan minda kepada rakyat awam sahaja dan bukannya untuk mereka yang menjadi players.  Cara olahan, penyampaian dan bukti-bukti kukuh juga memainkan peranan utama setiap kali sesuatu isu diutarakan serta diketengahkan ke khalayak ramai sama ada melalui mana-mana media massa ataupun ceramah umum. Dalam masa yang sama, jangan sekali-kali abaikan faktor akhlak peribadi diri seseorang penceramah ataupun pembawa isu-isu berkenaan.

Dalam suasana marah dan juga gembira di kalangan rakyat dan juga para penyokong parti politik; Sama ada rakyat sedar ataupun tidak, sebenarnya kemunculan sesuatu isu itu menguntungkan kedua-dua belah pihak meskipun ia begitu amat menjijikkan dan bercanggah dari segi syarak. Ia tetap menguntungkan bagi setiap pihak yang tahu menilai erti seni berpolitik.  Sebagai contohnya isu tuduhan liwat dan zina terhadap Anwar Ibrahim.  Secara umumnya, memanglah Anwar dizalimi cengan corak pengadilan yang sedemikian rupa. Namun pada hakikat ia merupakan tambatan minda yang dibentuk  Barisan Nasional agar semua pihak menumpukan perhatian masing-masing kepada isu yang sememangnya jijik. Dengan kewujudan isu jijik ini, maka ia juga turut memberi peluang kepada mana-mana wakil rakyat dan juga party workers  dalam Pakatan Rakyat yang mempunyai masalah besar dengan rakyat dan parti masing-masing seperti Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Ustaz Nik Abduh, Haji Abdul Hadi Awang, Hj.Mustafa Ali, ustaz Tantawi   dan lain-lain lagi  untuk turut sama meratib kemungkaran tindakan Barisan Nasional. Dengan kata lain juga, kemunculan sesuatu isu itu merupakan keuntungan kepada mana-mana pihak yang pandai mengambil kesempatan.

Begitu jugalah contohnya dengan isu menantu Tok Guru di PMBK dulu. Kemunculan isu menantu Tok Guru ini meskipun telah menimbulkan kemarahan dikalangan rakyat Kelantan terutama sekali dikalangan para penyokong PAS tapi ia sebenarnya juga merupakan satu kebaikan bagi PAS itu sendiri. Setidak-tidaknya dengan pendedahan isu tersebut sedikit sebanyak dapat mengempur sikap angkuh dan malas bekerja di kalangan party workers yang hanya tahu mengharapkan acara ceramah umum pimpinan besar-besar sahaja. Dalam masa yang sama juga sudah tentu Barisan Nasional khususnya UMNO Kelantan akan mula  mencari peluang untuk menangguk di air yang keruh. Pendek kata, semua pihak akan mengambil manafaat daripada setiap isu yang timbul sama ada ianya benar ataupun secara fitnah semata-mata.  Cuma persoalannya; sejauh manakah kaedah ini mampu dipikul sebaik mungkin oleh mana-mana  ahli politik di kalangan pihak yang bertelagah dalam usaha menggalas amanah Allah dan juga amanah rakyat????

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/06/24/gapo-dio-parti-politik/

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/06/22/beberapa-pengertian-politik/

One response to this post.

  1. Siapa yang menepuk air di dulang? Ya Allah Engkau balasilah orang yang menepuk air itu.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: