Wanita Aceh pengsan disebat

IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.

BANDA ACEH – Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.

Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.

Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.

“Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain,” kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. – Agensi

Dipetik daripada:

http://www.kosmo.com.my/

Towardsmardhatillah:

Dimana menghilangnya suara para ulama’ dan cendikiawan Islam Indonesia ketika mana permasalahan ini timbul?  Adakah kemungkinan besar si perempuan ini pengsan kerana disebat dengan begitu kuat? Sudah terbuktikah mereka berdua ini berzina? Mengapa dirotan di halaman masjid? Adakah ini hukuman ta`zir ?  Ayooooooyyooooooooo…………..tindakan sesetengah umat Islam sebeginilah yang sering menyebabkan Islam dipandang sebagai ektremis……..Astaghfirullah!!!

3 responses to this post.

  1. “” Ayooooooyyooooooooo…………..tindakan sesetengah umat Islam sebeginilah yang sering menyebabkan Islam dipandang sebagai ektremis……..Astaghfirullah!!!””

    Saya rasa hukuman ta’zir ini dijalankan setelah pemesyuaratan para ulama Acheh Darusslam… Kenapa kita suka/mudah menterjemah hukuman dengan kalimat “ekstrim”…kita belum tahu ditilnya kesalahan, nampaknya enta mahu membela pesalah yg berdosa besar it? Kenapa ya?

    Reply

    • Mengikut syariat Islam(jika sesiapa yang sudah berkahwin )dan kemudiannya berzina dan telah disabitkan dengan kesalahan , maka mereka berdua wajib direjam sampai mati bukannya disebat dengan 9 sebatan rotan hingga pengsan. Jika mereka hanya sekadar mengurat, memadai dengan hukuman ta`zir; peringkat permulaan dengan nasihat, dan kemudian diikuti dengan sebatan rotan yang tidak memudaratkan (sekadar mendidik) dan tidak memudaratkan dan akhir sekali dibuang daerah/ dibuang negeri. mengapa perlu dirotan hingga pengsan???

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: