الإعتماد على الذات

Sudah agak begitu lama blog ini tidak up-dated lantaran sibuk peribadi yang sibuk memikir cara nak cari rezeki bagi bagi menampung kehidupan diri sementara diri ini masih diberi peluang untuk terus hidup mengharungi pancaroba kehidupan di bumi Allah Taala. Yang bulat bukan datang menggolek dan yang pipih bukan datang melayang tanpa sebarang usaha. Keringat dan tulang empat kerat perlu digunakan sekadar kemampuan yang termampu disamping tidak memudharatkan kesihatan diri. Dalam situasi kegawatan ekonomi lantaran segala harga barangan melambung naik, segala-gala usaha dirasakan seolah-olah sia-sia. Diri ini terpaksa pasrah menerima ganjaran yang lebih rendah lantaran masalah-masalah peribadi yang sukar dielakkan. Bersyukur  ke hadrat Ilahi atas segala yang diperolehi  meskipun ia tidak seberapa mana. Inilah rencah kehidupan saya dikala ahli-ahli politik sibuk berceramah sana-sini disamping mengumpul harta sana-sini. Persoalan sama cara yang mereka gunakan itu diredhai atau dimurkai Allah itu terserahlah kepada Allah yang menentukan. Cuma dari sudut amar maaruf dan nahi mungkar, segala-galanya adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira kasta dan juga tittle kebesaran diri. Dalam kekalutan berpolitik dan kerakusan mengumpul harta, penipuan sudah jadi lumrah kehidupan. Lantaran itu, kisah Gembala dengan serigala merupakan satu tazikrah yang amat bernilai bagi setiap jiwa yang tahu menilainya. Kesibukan kini terus memburu diri…… Insyallah jika tiada aral melintang, blog ini akan di up- date semula selepas 27hb. Mei 2011.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: