Hormati keputusan ramai……beri peluang mereka bertaubat !

Kalau dilihat artikel-artikel saya yang terdahulu, memang jelas sekali  saya ini adalah salah seorang daripada penentang  pembentukan kerajaan perpaduang. Lantaran tidak puas hati dengan sikap beberapa orang pemimpin PAS, jiwa  saya terus memberontak selepas muktamar di Shah Alam  yang lalu (tahun 2009). Pemberontakan saya bukan kerana disebabkan kekalahan Hj.Husam tapi disebabkan sikap berdolak dalih sesetengah pemimpin yang memang terang-terang merugikan parti.  Meskipun bunyi susunan ayat-ayat saya dalam beberapa artikel yang terdahulu  agak kasar tapi saya hanya memusuhi sikap mereka dan tidak memusuhi batang tubuh mereka. Saya boleh bertolak ansur  meskipun dengan hati yang berat menerima mereka  jika mereka ini yang pernah “terlanjur dengan UMNO” sanggup bertaubat nasoha  dan mengakui kesilapan masing-masing. Dalam pada itu, majoriti ramai pula sanggup menerima mereka kembali untuk berada di saf hadapan.  Sedikitpun saya tidak terkejut dengan tindakan Hj.Husam yang tidak menonjolkan dirinya bertanding jawatan presiden atau timbalan presiden PAS demi untuk meredakan masalah perpuakkan dalaman parti.  Memadailah beliau dengan hanya  bertanding jawatan Naib Presiden sahaja. Itu adalah satu langkah yang mulia dan tidak wajar diperlekehkan….

Mudah-mudahan selepas ini tidak timbul lagi permasalahan kerjasama antara parti politik PAS dan Barisan Nasional  walaupun  sesiapa  saja yang menang. Jika timbul lagi permasalahan yang sama , saya yakin bukan hanya saya….malah semua ahli-ahli PAS akan bangkit memberontak habis-habisan kerana semata-mata undi kepercayaan mereka dikhianati oleh mereka yang memikul amanah ……Insya Allah jika tiada aral melintang saya berhasrat juga untuk ke Taman Melawar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: