Petikan Doa Beberapa Orang Anbiya’

Doa Nabi Adam dan Hawa

 رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, sudah pastilah kami termasuk dalam kalangan  mereka yang rugi.”
(Surah al- A’raaf :23). Doa ini selepas mereka dihalau daripada syurga.

Doa Nabi Nuh a.s

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya.  Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku dan tidak menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.”
(Surah Hud :47)

Doa Nabi Yunus a.s

 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan hanya Engkau, Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Anbiya’:87). Doa semasa beliau terperangkap dalam perut ikan paus.

Doa Nabi Musa a.s

رَبّ ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِيْ

(Surah al-Qasas, ayat 16); ia merupakan doa Nabi Musa selepas beliau menampar seorang Qibti (sebangsa dengan Fir`aun) sehingga mati (tanpa niat untuk membunuh).

Malah Rasulullah juga pernah bersabda:

قوله الرسول صلى الله عليه و سلم : يا أيها الناس توبوا الى الله واستغفروه فإنّي أتوب في يوم مائة مرة

Sabda Rasulullah: Wahai manusia ! Bertaubatlah kepada Allah dan pohonlah keampunanNya , Sesungguhnya aku sendiri bertaubat (istighfar)  sebanyak 100 kali dalam sehari

Meskipun para Anbiya tergolong dalam rumpunan mereka yang terpelihara daripada dosa-dosa, namun terdapat juga beberapa potongan ayat-ayat al-Quran yang disiarkan oleh Allah Taala untuk tatapan serta renungan bagi mereka yang benar-benar tahu menggunakan akal yang sihat. Semua ini dibiarkan kekal sebagai pengajaran kepada sekalian umat Islam.  Antara yang paling menarik perhatian saya ialah ungkapan-ungkapan doa oleh beberapa orang Anbiya’ sepertimana yang tertera di atas. Allah Taala tidak sekali-kali menghapus ataupun memansukhkan ayat-ayat tersebut meskipun doa mereka ini semua sentiasa ditunaikanNya.  Kalau secara congak bodoh-bodoh  mungkin ada yang akan mempertikaikan masalah ini; adakah Allah berniat memalukan atau menjatuhkan darajat mereka yang terpilih sebagai rasul ini dengan menyiarkan cerita-cerita sebegini????  Tak memadaikah lagi jika permasalahan antara Allah dan para pesuruhNya itu diselesaikan secara senyap-senyap tanpa disiarkan dalam al-Quran untuk dibaca oleh setiap generasi umat Nabi Muhammad??? Tidak memadaikah isi-isi al-Quran itu hanya terdiri daripada perundangan syariat, aqidah dan pembinaan shaksiah mulia?

Bila terfikirkan persoalan ini, saya teringatkan seorang ahli PAS (namanya dirahsiakan) yang mencadangkan agar saya delete semua artikel-artikel saya (berkaitan anti kerajaan perpaduan) dalam blog ini  yang bunyinya agak begitu keras bagi beliau konon-kononnya demi kepentingan parti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: