Haron Din melobi Hj.Hadi dan Ust.Nasha dalam Utusan Malaysia

Jangan masuk lubang ular yang sama buat kali kedua...ketiga ...dan seterusnya

Bila Utusan Malaysia berperanan licik;

Desak kekalkan Hadi-Nasha

SHAH ALAM 1 Jun – Bahang pemilihan Pas kini semakin panas apabila sudah wujud desakan terbuka supaya gandingan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa dikekalkan demi kelangsungan kepimpinan ulama.

Desakan tersebut dibuat kerana ahli-ahli Pas bimbang, pemilihan kali ini yang dianggap paling sengit dalam sejarah muktamar bakal menjadi titik tolak berakhirnya kepimpinan ulama jika gandingan itu ditolak oleh perwakilan.

Sebuah blog pro-ulama, http://www.muktamarpas.blogspot.com menyebut, pemilihan kali ini adalah penentu kepada hala tuju parti dan nasib kepimpinan ulama yang menjadi kebanggan parti itu sejak 1980 sehingga tertubuhnya Dewan Ulama.

Menurut blog itu, mengikut tafsiran Dewan Ulama dan Majlis Syura, maksud kepimpinan ulama dalam Pas adalah Presiden, Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden mestilah di kalangan ulama (mempunyai latar belakang pengajian agama secara khusus).

“Sama ada kekal atau berakhir. Nasib kepimpinan ulama akan ditentukan pada muktamar kali ini. Kepimpinan ulama dalam Pas harus dipertahankan dan perwakilan mestilah bulat serta bersatu memilih satu di antara dua tokoh ulama.

“Pilihan paling mudah kekalkan gandingan yang ada (Abdul Hadi-Nasharudin) kerana gandingan tersebutlah Pas menjadi mantap, disegani dan mula mendapat perhatian semua kaum dalam dan luar negara,” dakwa blog tersebut.

Pas tidak berganjak dari dasar Islam

SHAH ALAM 1 Jun – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan bahawa parti itu sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip asalnya berteraskan al-Quran dan hadis walaupun menjadi sekutu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Katanya, penegasan itu sudah termaktub amat jelas dalam perlembagaannya bahawa dasar perjuangan Pas adalah Islam.

”Inilah manhaj dan main essence yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW yang kemudiannya diikuti para sahabat, direntasi dengan gigih oleh para mujahid dakwah dalam era negara bangsa moden masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat, di sini.

Nasharudin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 Jumaat ini, turut menyeru ahli-ahli Pas menolak sebarang amalan politik berlandaskan matlamat menghalalkan cara yang cuba diserapkan ke dalam parti berkenaan.

”Pas sebagai sebuah parti politik Islam akan terus memainkan peranan utamanya meletakkan al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangannya dengan berteraskan kepada akidah ahli sunnah wal jamaah.

”Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT.

”Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Jundullah yang dinanti-nantikan,” katanya.

Oleh itu tegas beliau, sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai amal-amal Islam.

”Ini kerana bagi kita yang mendukung Islam, ‘tujuan tidak menghalalkan cara’ politik ala-Machiavelli adalah haram dan tidak dapat diterima langsung. Kita mesti berani, bijak dalam berjuang kerana kebenaran dan kita menolak apa-apa yang batil dan mungkar walaupun daripada anggota dan jemaah kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas juga mesti berani melakukan transformasi diri, tidak kira di peringkat mana pun mereka berada.

Dalam ucapan yang bertajuk ‘Memantapkan Dan Mengemudi Jemaah Ke Arah Kejayaan’, Nasharudin yang turut memaparkan hasrat pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang menegaskan, ahli-ahli Pas perlu bersedia mengubah minda rakyat jelata.

”Kita mesti bersedia mengubah minda rakyat untuk benar-benar memahami misi kita dan apakah bentuk landskap politik yang akan kita bina jika kita berjaya menguasai Parlimen,” katanya.

Oleh itu tegas beliau, Pas perlu mencari kaedah terbijak untuk melakukan transformasi kepada rakyat yang bakal mengubah kerajaan sedia ada dengan menyebelahi pakatan pembangkang.

Baca juga di sini;

http://www.malaysiawaves.com/2011/06/mengapa-media-umno-bersemangat-pertahan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: