Muktamar PAS ke-57 di Taman Melewar

Sepertimana biasa setiap kali Muktamar PAS, saya menuju ke sana sebagai seorang pemerhati. Bertolak selepas solat jumaat pada 3hb. Jun 2011 dan sampai di Kuala Lumpur kira-kira pukul 11:30 malam. Saya menuju ke Anjung Rahmat. Malangnya semua bilik di situ sudah penuh. Terpaksalah merayau-rayau dan pusing-pusing Bandar K.Lumpur  terlebih dahulu mencari bilik. Akhirnya dapat juga satu bilik kosong di Vistana Hotel. Selepas check in, saya dikejutkan dengan beberapa panggilan telefon yang mengatakan bahawa keputusan telah berpihak kepada calon-calon PAS yang anti kerajaan perpaduan. Saya tak ambil kisah langsung. Ini kerana dua tahun yang lepas pun(semasa Muktamar di Shah Alam), kita semua dikejutkan dengan berita sedemikian. “ Mungkin kali ini ada perubahan besar…kerana kehadiran wakil-wakil calon telah diluluskan dan Setiausaha Agung tidak berperanan secara langsung menguasai proses pemilihan” bisik hati kecil saya.

Baru check in

Sebelum sarapan, saya terbaca dan tertarik dengan artikel Joceline Tan dalam akhbar The Star berkaitan dengan “Pemerkasaan Ulamak”.

Artikel Joceline Tan

Sarapan bersama CEO KRISS, Prof. Madya Sharom Ibrahim

Semasa bersarapan pagi di Lobi hotel, berita-berita sebegini masih kedengaran. Kira-kira pukul 10:30 pagi, kami check out hotel dan terus menuju ke Lokasi Muktamar di Taman Melewar. Sesampai disana, Abe Wan Joe (blogger Jiwo Kelate) memaklumkan kepada kita bahawa calon-calon yang anti perpaduan iaitu Hj.Mohd.Sabu. Hj.Salahuddin Ayub, Hj.Husam Musa, Hj.Mahfuz Omar disahkan menang dalam pertandingan masing-masing. Kemenangan ini amat diperlukan bagi mengimbangi situasi (check and balance) selepas Jawatan presiden PAS, Ketua Pemuda dan Ketua Dewa Ulama tidak dicabar dan biarkan  menang tanpa bertanding.

Abe Wan Joe (tengah)Di luar Dewan Muktamar

Ruangan untuk para pemerhati

Di luar Dewan Muktamar

Dalam kehangatan perbahasan ucapan presiden parti, kami terserempak dengan Pak Subky Latif (salah seorang pengarang akhbar Harakah yang popular). Dalam pertemuan singkat ini, kami sempat duduk sambil berbual mengimbasi kisah-kisah lama berkaitan dengan proses awal kewujudan kepimpinan Ulamak dalam PAS. Pada mulanya perbualan kami agak begitu tenang. Namun situasi jadi agak gamat sedikit apabila Pak Subky melontarkan satu pandangan. Kata Pak Subky “Bagaimana  jika Tok Guru Nik Aziz diangkat menjadi Penasihat PAS dan juga Penasihat kepada Presiden??? Ini kerana beliau (Tok Guru Nik Aziz) tidak banyak berperanan dalam Majlis Syura”. Jawab Hj.Hashim “ Apakah jawatan penasihat itu termaktub dalam perlembagaan????Lazimnya orang selalu menyebut apabila ingin menyingkirkan seseorang pemimpin, maka dilantiklah dia sebagai penasihat”. Kata Pak Subky “ Sudah Enam orang setiausaha ditukar ganti”. Saya dan Prof.Madya Sharom hanya mendengar dan memerhati sahaja perbualan ini.

Berhujjah. Pak Subky berbaju hijau

Jawab Hj.Hashim “Sebenarnya kehebatan perjalanan sesebuah organisasi itu (Majlis Syura Ulamak) bergantung kepada seseorang Setiausaha. Dan dia (setiausaha) tidak semestinya dari kalangan ulama/ustaz (lepasan bidang agama)…. tetapi perlu kepada seseorang individu yang berpengalaman dalam sektor pentadbiran pentadbiran dan urusan kesetiausahaan. Sepatutnya beginilah struktur kepimpinan ulamak yang sebenarnya. Musyidul Am diberi inform yang ikhlas dan baik lagi jujur sebelum dia membuat apa-apa tindakan”. Di hujung perbualan, Dato’ Tuan Man  datang bersalam dengan kami. Tidak lama kemudian kelihatan Ustaz Tantawi keluar daripada Dewan Muktamar.

Datuk Tuan Man (bersamping)

Ustaz Tantawi (berbaju hijau)

Selepas hampir satu jam bersama beliau, kami meminta diri untuk terus berangkat balik ke Kelantan. Sebelum itu kami sempat juga bertemu dengan seorang veteran PAS, Cikgu Ishak Surin (lepasan Maktab Perguruan Tanjung Malim sezaman dengan Ghafar Baba, mantan Perdana Menteri Malaysia) dan mengucapkan tahniah kepada Hj.Mohd.Sabu setelah beliau disahkan memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Cikgu Ishak Surin

Tangisan kemenangan Hj.Mohd.Sabu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: