Archive for June 9th, 2011

Terkejut dengan perubahan mendadak…

Ulamak Perpaduang

Tokoh reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berceramah di pekarangan stadium Sultan Mohammad iv tapi terpaksa balik awal ke Kuala Lumpur kerana beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan. Ekoran ini, majlis ceramah diteruskan juga sepertimana yang telah dijadualkan. Ustaz Tantawi yang sudah dua kali berturut-turut menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat  pula yang turun  berceramah lantang. Ramai para hadirin “terkejut beruk” dengan perubahan dan penampilan Ustaz Tantawi malam ini. Lazimnya beliau berjubah, berserban sebiji  (cara lilit serban)  dan berceramah (loghat Tganu) macam Tok Guru Hj.Hadi Awang…..tapi malam nih beliau sudah berbaju batik dan hanya simple berkopiah. Yang paling menarik perhatian umum ialah ; beliau berceramah dengan loghat Kelate…dah tak berbunyi loghat Tganu macam dulu lagi dah…………Dalam kekalutan perubahan mendadak ini, Kedengaran suara-suara nakal menyindir “Lepas nih Ustaz Tantawi cukur janggut pulok !!! “. Dalam pada itu  terdengar juga  desas desus mengatakan bahawa Ustaz Tantawi akan bertanding di kerusi Parlimen Bachok menggantikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.  Benar ataupun tidak desas desus ini??????????  Sama-samalah kita tunggu dan lihat bila tiba masanya nanti…

Petikan Akhbar Harakah 10-12 Jun 2011

Mungkin ada lagi segelintir di kalangan rakyat Malaysia yang tidak sempat membaca Harakah bertarikh 10-12 Jun 2011 selepas Muktamar PAS ke -57. Ada banyak isu-isu menarik yang disiarkan di dalamnya.  Antaranya ialah dua petikan  yang disiarkan dibawah ini;