UMNO Kelantan sudah ketandusan modal….

Isu Bazar Tok Guru selesai

KOTA BHARU – Isu keengganan 300 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berpindah ke Bazar Tok Guru sejak sekian lama dianggap selesai setelah mereka bersetuju dan melakukan pengundian untuk mendapatkan lot niaga di sini semalam.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Sanusi Othman berkata, seramai 230 peniaga menjalani proses pengundian petak perniagaan tingkat bawah bazar berkenaan di Dewan Jubli Perak dekat sini dan berjalan lancar tanpa sebarang bantahan.

Menurutnya, proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini manakala milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai depan.

“Peniaga juga dijangka dapat memulakan perniagaan mereka bermula pada 1 Julai ini dan sehubungan itu juga Kerajaan Negeri sudah merancang untuk mengadakan program Kelantan Cheng Ho International di bazar tersebut,” katanya kepada pemberita semalam ketika ditemui semasa proses pengundian lot bazar terbabit semalam.

Ketika proses pengundian yang bermula jam 9 pagi itu berlangsung juga Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar MPKB, Abu Salim Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan dalam membantu mengatasi masalah peniaga.

Dalam pada itu, isu rasa tidak puas hati terhadap kira-kira 64 orang peniaga dari Pasar Lama Arked MPKB dan 42 daripada Arked Uda yang menjadi kumpulan pertama memilih petak niaga di Bazar Tok Guru turut diperjelaskan.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Khalily Ab Bakar menjelaskan, kumpulan berkenaan mendapat penghargaan daripada Kerajaan Negeri untuk memilih sendiri petak niaga tanpa perlu melalui proses pengundian adalah keputusan daripada Exco, Datuk Husam Musa.

“Ini sudah dipersetujui semasa perjumpaan ketika majlis Maulidur Rasul oleh beliau sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka yang mengikuti peraturan untuk berpindah dalam tempoh peringkat awal tawaran diberikan sebelum ini.

“Perkara ini tidak perlu dipertikaikan lagi, daripada harga asal RM84,000 ia dikurangkan kepada RM63,000 dan bagi peniaga di Arked Uda yang enggan berpindah tindakan nanti ditentukan oleh Kerajaan Negeri,” katanya semalam.

Sejak dua tahun lalu isu Bazar Tok Guru ini mendapat liputan yang serius oleh pihak media dan mendapat campur tangan daripada pelbagai pihak termasuk parti politik.

Sehinggakan pada 16 Januari tahun lalu Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penyiasatan berhubung masalah membabitkan urusan perpindahan peniaga-peniaga Pasar Arked Lambok Uda dan Pasar MPKB ke Bazar Tok Guru yang masih dalam pembinaan ketika itu.

Malahan, pendedahan yang dilakukan oleh Syed Azidi bahawa Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50 juta disebabkan perlu menebus kembali aras bawah bangunan Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta selain menanggung kerugian RM30 juta kerana kehilangan tanah seluas 3.36 hektar turut memberi tekanan kepada pihak berkenaan.

Tidak terhenti di situ sahaja kerana isu Bazar Tok Guru itu juga turut menyebabkan menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Nik Arif Fahmi Abdul Rahman diarahkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK

Bagaimanapun, semua kemelut termasuk isu bekalan elektrik, air dan juga saiz petak niaga tidak memuaskan itu akhirnya boleh dianggap selesai semalam kerana peniaga berkaitan bersetuju dengan pengundian dilakukan terbabit.

One response to this post.

  1. فان تنازعتم فى شىء فردوه الى الله والرسول *
    Bravo and well done Kerajaan PAS Kelantan!
    Lancarkan Counter Attack yang bijaksana dan saintifik untuk menghancurkan kesarjanaan agung Melayu UMNO dalam berbohong. Rakyat adalah maharaja tanpa mahkota!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: