Sembang petang di gerai ayam percik…

Sepatutnya lepas pukul 12:00 tengah malam kelmarin  satu lagi entry  dimuatkan dalam blog ini.  Namun disebabkan rasa mengantuk yang teramat sangat, segala-galanya terpaksalah ditangguh hingga ke pagi ni. Lepas waktu asar petang kelmarin, saya teringin sangat nak makan ayam percik Bunut Payung. Biasanya setiap kali Ramadhan, 2-3 kali juga saya singgah di kedai nih untuk beli ayam percik. Pembeli sentiasa ramai disini. Macam biasalah saya pun terpaksa menunggu seperti mereka. Sedang saya asyik menunggu pesanan, muncul Tuan Hj.AnualBakri (bekas SUP Menteri Besar Kelantan). Rupa-rupanya dia juga pelanggan tetap ayam percik Bunut Payung setiap kali bulan Ramadhan macam saya juga. Pada mulanya saya biarkan beliau sibuk memerhati meja hidangan  dan berurusan dengan penjual ayam percik. Memang saya tak mahu kacau beliau dan tak mahu tegur beliau dalam suasana dikelilingi oleh orang ramai yang menunggu ayam percik. Tiba-tiba dia terpandang saya dan melemparkan senyuman ke arah saya. Terus saja dia meluru bersalaman dan menyapa saya dengan ramah.   “Kalau nak make aye percik gak memang kena sabar menunggulah” katanya dalam loghat Kelate sambil tersenyum memulakan bicara.

Saya menjemput beliau duduk disebelah saya. “ Tuan Haji dah kira pencenlah sekarang?” Tanya saya meminta kepastian. “Ya….saya memang dah pencen. Allahamdulillah lepas pencen nih barulah saya dapat luangkan masa yang banyak bersama anak-anak sekeluarga. Masa jadi SUP Tok Guru dulu, kalau dapat luangkan masa selama 2 jam sehari untuk keluarga pun dah dikira  mujur dah tuh. Tapi loni saya bebas dan tak terikat dengan jadual kerja-kerja rasmi. Saya lebih menumpu dalam bidang penulisan buku sekarang.” Dan seterusnya bla…bla….bla….. seronok dengar cerita Tuan Haji nih

Sebenarnya saya amat kagum dengan diri Tuan Hj.AnualBakri nih. Bagi saya, beliau merupakan Setiausaha Politik Tok Guru Nik Aziz yang ketiga paling cekap selepas Dato’ Husam Musa dan juga Dato’ Cikgu W.Abd.Rahim.

Semasa berbual, boleh dikatakan semua mata orang awam di situ memandang ke arah kami berdua.    Lebih kurang 15 minit kemudian, pesanan Tuan Haji Annual Bakri siap dan beliau terus memohon diri untuk balik ke rumah  dan meninggalkan saya di situ meneruskan penungguan. Rupa-rupanya beliau  sudah pesan ayam percik lebih awal daripada saya dan cuma datang untuk ambil saja.  15 minit kemudian barulah pesanan saya siap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: