Ustaz Baihaqi jadi Menteri Besar Kelantan????

Dr.Google pun hadir...

Lebih kurang jam 9:15 malam pada malam 2hb. September 2011, berlangsung Majlis Bual Bicara Bloggers dan Facebookers di Dewan Balai Islam, Lundang. Saya turut meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan bual bicara ini. Ramai para bloggers popular seperti  Topeng Perak, Aduka Taruna, Jiwo Kelate, Ustaz Wan Ji dan lain-lain lagi hadir. Majlis turut diserikan dengan kehadiran pelakon terkenal, saudara Musthafa Kamal.

Mustafa Kamal (baju biru) di sebelah blogger Jiwo kelate (wan Joe)

Selain untuk merapatkan silatulrahim sempena hari raya, majlis ini juga merupakan peluang keemasan kepada pihak penganjur untuk mengutarakan ideology, pegangan dan prinsip parti politik pemerintah Negeri Kelantan kepada para hadirin. Sepanjang dialog, berbagai bentuk persoalan diajukan oleh para bloggers kepada YB Saifuddin Nasution dan YB Dato’ Husam Musa. Dalam masa yang sama, moderator Ustaz Baihaqi juga tidak terlepas dari terkena biasan tempias bidasan para bloggers nih.

Ustaz Baihaqi berbaju hijau

Para panelis yang terlibat

Saya tidak merakamkan semua detik-detik dialog itu dan hanya ingat secara spontan sahaja segala persoalan yang dilontarkan oleh mereka. Ada persoalan yang berbentuk cadangan, ada yang berbentuk teguran,  sindiran, ada yang berbentuk ingin menduga dan sebagainya. Aduka Taruna dan Hj Osama menekankan persoalan adakah PAS dan Pakatan Rakyat mampu menang dan menguasai Putra Jaya selepas PRU-13 ini??

Aduka Taruna

Puan NorSalwati pula mengutarakan cadangan agar pihak kerajaan negeri Kelantan menyediakan pusat perlindungan bagi kaum wanita yang tertindas dan tiada tempat perlindungan. Ada juga yang mempersoalkan tentang bolasepak The Red Warriors yang semakin melonjak naik statusnya setelah sekian lama berada dibawah naungan Tan Seri Anuar Musa. Namun rata-ratanya persoalan yang diutarakan oleh mereka ini adalah berbentuk teguran  sepertimana yang diajukan oleh saudara Shauki berkaitan dengan tahap kebersihan Bandaraya Kota Bharu yang begitu amat membimbangkan.

Saudara Shauki lantang bersuara...

Saudara Shauki juga membidas sikap dikalangan pemuda PAS masa kini yang lebih mengutamakan gaya hidup elite dengan mementingkan penggunaan I phone, ipad dan sebagainya lebih daripada kepentingan parti. Budaya elite sebegini  menyebabkan ramai dikalangan Pemuda PAS tidak begitu bersemangat dalam perjuangan. Malah katanya Ketua Pemuda  UMNO, Khairy Jamaluddin kelihatan lebih hebat kalau dibandingkan dengan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hasan al-Tantawi. Saudara Shauki turut mengesyorkan agar para pemuda PAS sanggup berkayak menuju ke pelantar minyak untuk memacakkan bendara PAS di pelantar tersebut. Sehubungan dengan cadangan berkayak, Dato’ Husam mencadangkan agar aktiviti berkayak ke pelantar mintar untuk memacak bendera PAS digantikan dengan aktiviti lain yang lebih baik dan lebih selamat; iaitu mengadakan perhimpunan kecil sekurang-kurangnya 4 orang 1/2  (kurang daripada jumlah 5 orang) dihadapan KLCC dengan membawa sepanduk atau kain rentang demi memperjuangkan hak minyak negeri Kelantan. Berkayak ke pelantar adalah bahaya dan sekiranya berlaku sebarang kemalangan di tengah-tengah laut, Kerajaan Kelantan kemungkinan besar boleh disalahkan dan dituduh sebagai pembunuh rakyat Kelantan semata-mata kerana ingin memacakkan bendera PAS di pelantar Cakrawala. Dato’ Husam turut meluahkan rasa hairan mengapa Khairy Jamaludin yang telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 200 orang Banggla sepanjang demostrasi BERSIH baru-baru ini masih dipandang hebat ??? Bagi saya; memang benar Khairy Jamaluddin lebih hebat kerana dia  mampu mengumpulkan Banggla seramai jumlah tersebut tanpa ada seorang pun pihak polis yang mampu menghalang usaha beliau. Adakah Ketua Pemuda PAS Ustaz Tantawi mampu untuk mengumpul Banggla sedemikian rupa tanpa halangan daripada pihak polis dan imigresen ??? Sudah tentulah Ustaz Tantawi tak mampu berbuat demikian!

Sepanjang majlis ini, YB Saifuddin Nasution lebih memokuskan ucapannya kepada permasalahan penampilan dan peranan PKR dalam pilihanraya 13 akan datang.

Ust Wan Ji

Majlis bertukar menjadi gamat dan bisu sejenak apabila Ustaz Wan Ji menyarankan agar Tok Guru Nik Aziz tidak bertanding dalam PRU -13 ini dan Tok Guru hanya perlu dibawa round untuk berkempen ke seluruh pelusuk Negara sepanjang tempoh tersebut. Malah beliau turut mengemukakan pendapat bahawa jawatan Menteri Besar Kelantan juga boleh disandang oleh YB Baihaqi (Moderator) . Katanya “Ustaz Baihaqi pun layak jadi Menteri Besar, meskipun dia bukan Tok Guru tapi dia nih anak Tok Guru” . Bagi saya kata-kata ini adalah satu sindiran pedas yang perlu kita semua kaji apakah punca dan sebab musababnya hingga beliau berkata sedemikian. Majlis berakhir dengan tenang lebih kurang pada pukul 12 tengah malam. Amat menarik! Mudah-mudahan majlis sebegini sentiasa diteruskan dan diperkemas kinikan dari masa ke semasa  demi untuk kita semua saling bertukar-tukar idea  serta pendapat.

Antara mereka yang hadir

Advertisements

One response to this post.

  1. Bersikap emosi mengakibatkan ada hadirin yang bertanya/meluah perasaan itu menonjolkan sedikit ‘kejahilan’ fakta dan bandingan. maaf cakap.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: