Husam Saman Kickdefella RM 5 Juta

Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa hari ini memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Husam mendakwa tiga artikel bertajuk “Husam telah menipu sahabat dan rakyat” , “Sebelum kita lupa Normala Sudirman” dan “Husam itu pembohong” memfitnahnya.

Syed Azidi didakwa secara tidak tepat dan tidak benar mengaitkan Husam sebagai penipu dan perosak negeri Kelantan.

Tulisan itu antaranya berkaitan dakwaan kerugian Kelantan ekoran pemberian tanah hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa menerima pulangan setimpal selama 99 tahun, pembelian semula Bazar Tok Guru bernilai RM 23 juta dan kerugian apabila terpaksa membayar pampasan kepada UDA Holdings Berhad.

Husam berkata, jika dibaca hasil tulisan tersebut, secara jelasnya, ia memburukkan plaintif dan memfitnah kerana artikel itu menuduh dirinya seorang pembohong.

Penyiaran artikel itu juga didakwa:

Dengan niat untuk menjatuhkan maruah plaintif dan menjejaskan kredibiliti plaintif sebagai seorang wakil rakyat.
Segala perbuatan defendan, samada perbuatan atau tinggalan, sehingga tersiarnya dan tersebarnya berita fitnah adalah tidak berasas, berunsur fitnah dengan niat jahat, melulu dan berniat jahat menjatuhkan maruah plaintif sebagai pimpinan PAS, wakil rakyat dan exco Kelantan.
Dengan maksud yang jelas menggambarkan bahawa plaintif pemimpin yang menyalahgunakan jawatan dan kuasa sehingga menipu rakyat Kelantan.
Imej baik plaintif telah terjejas di mata masyarakat.

“Walaupun plaintif melalui peguam caranya telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut agar defendan memohon maaf secara terbuka daripada plaintif dan membayar ganti rugi yang amat minimal bagi perbuatan fitnah dan tohmahan yang telah dilakukan oleh defendan, namun defendan masih gagal/enggan dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi tersebut,” writ saman itu dipetik.

Sehubungan itu, Husam memohon Syed Azidi membuat permohonan maaf secara terbuka dalam laman blognya dan memadam ketiga-tiga artikel – bertarikh 27 Januari, 3 Februari dan 3 Julai lalu – serta mengiklankan permohonan maaf itu dalam harian bahasa Melayu selama sehari.

Beliau juga menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, melampau, punitif, dengan kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Husam juga memohon injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Husam yang juga naib presiden PAS diwakili peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

By: Official Supporters Page of Husam Musa

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by Labu Peram on 22 September 2011 at 3:40 pm

    Sekarang dah masuk episod saman menyaman pulak. Masa mereka kawan rapat, Dato’ Husam sering membawa Kickdefela kemana saja. Bahkan banyak juga duit yang sepatutnya untuk kegunaan rakyat Kelantan terpaksa di habiskan untuk kepentingan diri dan Kickdefella.

    Entah bila mahkamah akan membuka ruang bicara…..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: