Archive for the ‘As I See it’ Category

Ziarah Keluarga Fakir di Kg.Pulau Belanga

Ramai  kawan-kawan dikalangan ahli-ahli PAS sarankan agar saya jengok dan meninjau keadaan Puan Nor Azlin bt.Abdullah dan keluarganya di Kampung Pulau Belanga yang dikatakan hidup dalam serba kedhaifan. Allahamdulillah, pagi nih saya berkesempatan ke rumah beliau. Wanita ini tiada di rumah kerana keluar bekerja semasa saya tiba di rumahnya. Hanya 2 orang anak perempuan dan 3 orang cucunya sahaja yang menyambut kehadiran saya.  Puan Nor Azlin, 46, merupakan seorang balu beranak lima (3 lelaki dan 2 orang perempuan). Kefakiran dan kesempitan hidup semakin dirasai selepas suaminya, Che Isa bin Che Yaakob meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira setahun yang lalu. Puan Nor Azlin berbangsa Siam dan berasal dari Chiang Mai, Thailand telah memeluk agama Islam sebelum bertemu jodoh dan berkahwin dengan Allahyarham Che Isa bin Che Yaakob. Ekoran silap membuat perhitungan dengan menjual sekeping tanah dan membeli sebuah kereta Iswara buruk serta sebuah motorsikal pada satu ketika dulu, Puan Nor Azlin sekeluarga hidup dalam kefakiran tegar hinggalah sekarang.  Akibat kesilapan itu juga, mereka sekeluarga terpaksa hidup menumpang berteduh dalam bangsal stor beras yang sudah lama usang di atas tanah orang lain. Tanpa tandas dan kemudahan bilik air, mereka pasrah mengharungi kehidupan seharian. Tiada bantuan kewangan dan makanan secara tetap yang diterima oleh keluarga ini. Mereka cuma pernah menerima sebanyak 3 kali sehahaja bantuan beras daripada DUN Panchor sebanyak 30 kilogram. Kelima-lima anak Puan Nor Azlin tidak bersekolah tinggi. Tahap pengajian anak sulung (perempuan) hingga ke tahap tingkatan 5 (SPM) adalah yang paling tinggi. Manakala adik-adik yang lain hanya bersekolah sehingga tingkatan 2 sahaja. Pendapatan Puan NorAzlin yang tak seberapa hanya bergantung kepada hasil kerjanya  di Kilang Proses Kitar Semula di Kg.Beris Lanjut.

Belakang rumah

Stor beras ini adalah rumah mereka

Salah seorang anak perempuan dan 2 orang cucu Puan NorAzlin

Puan Nor Azlin dan 2 orang anaknya tidak memiliki kad pengenalan. Proses pembikinan kad pengenalan terhalang  lantaran beliau pernah berkahwin  dengan Allahyarham Che Isa di Thailand dan pasangan ini tidak mempunyai sijil nikah.   .Manakala 3 orang lagi anaknya yang lain pula  sempat memiliki kad pengenalan pada Era Dr. Mahathir jadi PM Malaysia. Begitu dhaif sekali corak kehidupan mereka! Tahap pengetahuan agama Islam mereka pun berada di tahap yang agak lemah lagi amat menyedihkan.  Saya dimaklumkan bahawa beliau sekeluarga tidak mendapat bantuan sejak dulu hingga kini kerana tidak memiliki kad pengenalan. Persoalannya sekarang; adakah wajar sikap perikemanusiaan dipinggirkan ketepi semata-mata kerana ketiadaan kad pengenalan? Ini persoalan aqidah! Di manakah peranan Majlis Agama Islam (MAIK)? Dimana wang-wang pungutan zakat yang dikumpul oleh MAIK yang sepatutnya dirasai oleh mereka sebegini? Di manakah peranan Kerajaan Negeri Kelantan yang melaung-laungkan slogan Membangunan Bersama Islam? Dimanakah peranan EXCO Pendidikan dikala mereka ini memerlukan tarbiyyah ruhiyyah?? Dimanakah peranan EXCO Kebajikan Masyarakat? Tak bolehkah jika dibina sebuah rumah kepada mereka di atas tanah kerajaan? Berapa ramaikah agaknya mereka yang sedemikian dalam negeri Kelantan?  Kalaulah Kerajaan Negeri sanggup beri rumah kepada tukang-tukang jogho dikir barat dan sanggup beri rumah kepada keluarga pelajar Maahad Muhammadi Perempuan kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM, mengapa tidak kepada mereka ini? Bukankah menolong mereka yang memeluk agama Islam tapi belum memahami Syariat Islam WAJIB  dijaga aqidah mereka? Persoalan akidah adalah mengatasi segala-galanya……sedarlah wahai kita semua!

Serba dhaif

Sembang petang di gerai ayam percik…

Sepatutnya lepas pukul 12:00 tengah malam kelmarin  satu lagi entry  dimuatkan dalam blog ini.  Namun disebabkan rasa mengantuk yang teramat sangat, segala-galanya terpaksalah ditangguh hingga ke pagi ni. Lepas waktu asar petang kelmarin, saya teringin sangat nak makan ayam percik Bunut Payung. Biasanya setiap kali Ramadhan, 2-3 kali juga saya singgah di kedai nih untuk beli ayam percik. Pembeli sentiasa ramai disini. Macam biasalah saya pun terpaksa menunggu seperti mereka. Sedang saya asyik menunggu pesanan, muncul Tuan Hj.AnualBakri (bekas SUP Menteri Besar Kelantan). Rupa-rupanya dia juga pelanggan tetap ayam percik Bunut Payung setiap kali bulan Ramadhan macam saya juga. Pada mulanya saya biarkan beliau sibuk memerhati meja hidangan  dan berurusan dengan penjual ayam percik. Memang saya tak mahu kacau beliau dan tak mahu tegur beliau dalam suasana dikelilingi oleh orang ramai yang menunggu ayam percik. Tiba-tiba dia terpandang saya dan melemparkan senyuman ke arah saya. Terus saja dia meluru bersalaman dan menyapa saya dengan ramah.   “Kalau nak make aye percik gak memang kena sabar menunggulah” katanya dalam loghat Kelate sambil tersenyum memulakan bicara.

Saya menjemput beliau duduk disebelah saya. “ Tuan Haji dah kira pencenlah sekarang?” Tanya saya meminta kepastian. “Ya….saya memang dah pencen. Allahamdulillah lepas pencen nih barulah saya dapat luangkan masa yang banyak bersama anak-anak sekeluarga. Masa jadi SUP Tok Guru dulu, kalau dapat luangkan masa selama 2 jam sehari untuk keluarga pun dah dikira  mujur dah tuh. Tapi loni saya bebas dan tak terikat dengan jadual kerja-kerja rasmi. Saya lebih menumpu dalam bidang penulisan buku sekarang.” Dan seterusnya bla…bla….bla….. seronok dengar cerita Tuan Haji nih

Sebenarnya saya amat kagum dengan diri Tuan Hj.AnualBakri nih. Bagi saya, beliau merupakan Setiausaha Politik Tok Guru Nik Aziz yang ketiga paling cekap selepas Dato’ Husam Musa dan juga Dato’ Cikgu W.Abd.Rahim.

Semasa berbual, boleh dikatakan semua mata orang awam di situ memandang ke arah kami berdua.    Lebih kurang 15 minit kemudian, pesanan Tuan Haji Annual Bakri siap dan beliau terus memohon diri untuk balik ke rumah  dan meninggalkan saya di situ meneruskan penungguan. Rupa-rupanya beliau  sudah pesan ayam percik lebih awal daripada saya dan cuma datang untuk ambil saja.  15 minit kemudian barulah pesanan saya siap.

Rakyat Gaza yang prihatin dengan nasib orang lain….

dakwatuna.com – Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Islam di Jalur Gaza menyerukan penggalangan bantuan dan dukungan terhadap rakyat Somalia yang sedang tertimpa bencana kelaparan.

Seruan penggalangan bantuan itu dimulai pada hari Jumat kemarin sampai hari Minggu (14/8) malam. Kementerian mengatakan, bahwa rakyat Somalia berhak hidup seperti masyarakat dunia lainnya di dunia. Meski warga Gaza sendiri hidup dalam kondisi prihatin akibat blokade rezim Zionis Israel, mereka diingatkan untuk tetap memberikan kontribusi untuk membantu rakyat Somalia yang sedang kelaparan.

Kementerian Wakaf meminta warga Gaza untuk menyebarluaskan seruan itu lewat media apa saja, terutama internet. Bantuan dan dukungan yang ditunjukkan warga Gaza, diharapkan bisa meringankan beban penderitaan rakyat Somalia.
Kementerian Wakaf di Jalur Gaza pada kesempatan itu mengecam dunia Islam yang dianggap tidak cepat tanggap melihat bencana kelaparan yang terjadi Somalia. Rakyat Somalia banyak yang muslim dan dikhawatirkan situasi ini akan dimanfaatkan oleh kelompok misionaris untuk melakukan permurtadan.
Warga Gaza langsung bergerak begitu mendengar seruan untuk membantu rakyat Somalia. Mereka menyumbangkan apa saja yang bisa mereka berikan untuk membantu rakyat Somalia.
Laporan PBB menyebutkan sekira 3,2 juta rakyat Somalia terancam bencana kelaparan akibat kekeringan yang melanda negeri itu. Sementara laporan US Agency for International Development (USAID) menyebutkan, dalam jangka waktu 90 hari terakhir, kelaparan dan kekeringan di Somalia sudah menewaskan 29.000 anak-anak usia di bawah lima tahun. (aisyah/paltel/knrp)

Dipetik dari;

http://www.dakwatuna.com/2011/08/14131/meski-hidup-susah-warga-gaza-bantu-rakyat-somalia-yang-kelaparan/

Towardsmardhatillah:

Ketika mana Bosnia dan Palestin ditimpa musibah, maka ramailah dikalangan rakyat Malaysia yang meluru pergi ke Wisma Putra untuk memohon mengambil anak angkat..tapi ketika mana berlaku musibah di Somalia dan juga di Sudan, tak ada seorang pun rakyat Malaysia yang bergegas ke Wisma Putra kerana nak mohon ambil anak angkat dikalangan mereka yang berkulit hitam dan berambut kerinting itu. Meskipun boleh dikatakan hampir seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia yang mengaku sanggup menghulurkan bantuan makanan dan pakaian kepada rakyat Palestin di Gaza, namun mereka (rakyat Gaza) tetap tidak melupakan umat Islam lain yang menderita di lokasi yang lain.  Hanya mereka yang menderita sahaja yang mampu menyelami jiwa mereka yang menderita….Segala pengorbanan mereka  adalah kerana mencari keredhaan Allah dan bukannya kerana mencari nama dan populariti…

Panglima Perang Saad bin Abi Waqas

Sekitar 17-21 Julai 2011, orang tua saya mengunjungi negara China. Banyak juga photo-photo kenangan yang sempat di ambil sepanjang tempoh percutian mereka di Guangzhou, China. Antara gambar yang menarik perhatian saya ialah photo kubur  salah seorang daripada 10 orang sahabat Rasulullah yang dijamin sebagai ahli syurga; iaitu Saad bin Abi Waqas. Sila baca di sini

http://en.wikipedia.org/wiki/Sa%60d_ibn_Abi_Waqqas

Sila baca disini juga;

http://myummah.co.za/site/2008/06/10/the-tomb-of-sad-ibn-abi-waqqas/

Sekitar KELCHEFF 2011

Sepanduk KELCHEFF 2011

Pukul 10:30 malam pun masih ramai yang mengunjung lokasi nih

Masakan Bangkok, Kemboja dan China

Best nih satay kambing !

Cara buat mee tarik Cina

Rebus mee tarik

Lepas ditarik mee nih mesti direbus

Tekstil Cina

Kali nih hanya nak siarkan petikan akhbar Utusan Malaysia aje….

Big Mama pun pandai auta

Malaslah nak ulasan panjang-panjang. Memadailah dengan hanya saya siarkan petikan akhbar nih. Rakyat Malaysia bukannya bodoh! Adakah layak dan munasabah dipakai ataupun dimiliki oleh isteri seorang Perdana Menteri dalam keadaan situasi ekonomi rakyat Malaysia yang tidak menentu???? Memang sah! Berlian tuh tak dijual di kedai 1 Malaysia yang disediakan oleh Barisan Nasional.

Demostrasi Bersih: Menggerunkan Barisan Nasional!

Ibadat haji merupakan satu ibadat yang bercorak demostrasi aman yang difardhukan ke atas setiap umat Islam yang mukallafin. Dalam ibadat tersebut, disunatkan agar kaum lelaki yang berihram (memakai kain ihram) membuka dan mempamerkan tangan dan lengan kanan mereka sebagai  simbol kekuatan, gedebe dan keazaman yang jitu sepanjang tempoh ia dilakukan terutama sekali semasa melakukan tawaf. Disamping itu, disunatkan bertalbiyah dengan lafaz “Labbaika Allah humma labbaik…..” dengan penuh aman tanpa sebarang tindakan kekerasan dan kezaliman  dilakukan meskipun turut disunatkan juga pada ketika itu para jamaah mempamerkan kegagahan diri masing-masing.

Konsep mempamerkan kekuatan tanpa melakukan sebarang keganasan ini turut dipraktikkan oleh sekalian rakyat Malaysia dengan menyertai Demostrasi Bersih. Tanpa mengira pegangan agama, ideologi politik dan latarbelakang keturunan, sekalian rakyat Malaysia berarak secara aman di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur pada 9hb.Julai 2011. Mereka berkumpul di merata-rata lokasi utama di ibukota seperti K.L Central, Chow Kit Road, Masjid Jamek, Jalan Pudu, KLCC dan lain-lain lagi. Tiada sebarang kerosakkan harta benda awam berlaku.  Demo ini mencapai sasaran dan objektif yang amat positif. Memasuki ataupun menawan Stadium Merdeka untuk diadakan demo bukanlah satu subject utama yang perlu dihighlightkan. Sebenarnya pergerakan dan perarakan aman oleh rakyat dalam demo yang disertai oleh 68 NGO di sekitar Bandar Kuala Lumpur itulah yang menggerunkan UMNO dan Barisan Nasional.  Yang tua, yang muda, yang bertudung, yang tidak bertudung, yang berkopiah, yang tidak berkopiah dan lain-lain lagi turut berperanan keluar beramai-ramai sebagai tanda rasa tidak puas hati dengan sikap zalim Barisan Nasional. Malah pelancong asing pun ada yang turut serta berarak bersama rakyat Malaysia ini. Ugutan pihak polis tidak langsung dipedulikan. Pancutan air berasid dan juga gas pemedih mata sedikitpun tidak menakutkan mereka meskipun terpaksa berundur menyelamatkan diri masing-masing buat seketika. Malah mereka yang ditangkap dan diberkas itu pun tidak sedikitpun merasa gerun ataupun takut dengan ugutan pihak polis. Tak perlu diheret,semua mereka yang ditangkap oleh polis itu tidak takut dan tidak gerun untuk bermalam di dalam lokap. Sungguh menakjubkan! Mereka ini begitu amat berani kerana yakin diri mereka ditindas dan dizalimi oleh Barisan Nasional. Inilah satu kejayaan yang amat mengkagumkan saya dan menakutkan Barisan Nasional !

Depan bangunan Maybank K.Lumpur. Gambar diambil dari dalam LRT

Depan Sogo

Jalan jadi lengang

Antara para pejuang muda yang ditangkap

Pelancong asing pun turut serta

Beramai-ramai keluar menentang kezaliman

Semakin ramai dan semakin bersemangat

Ada yang rebah pitam kerana terlalu bersemangat dan marah terhadap Barisan Nasional

Depan Renaissence Hotel K.Lumpur

Depan KLCC

Dr.Hatta Ramli sedang menghangatkan semangat juang anak-anak muda

Bertempur dengan polis

Detik tegang

 

Lihat juga laporan al-Jazeera ini;

http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2011/07/20117973119168783.html