Demostrasi Bersih: Menggerunkan Barisan Nasional!

Ibadat haji merupakan satu ibadat yang bercorak demostrasi aman yang difardhukan ke atas setiap umat Islam yang mukallafin. Dalam ibadat tersebut, disunatkan agar kaum lelaki yang berihram (memakai kain ihram) membuka dan mempamerkan tangan dan lengan kanan mereka sebagai  simbol kekuatan, gedebe dan keazaman yang jitu sepanjang tempoh ia dilakukan terutama sekali semasa melakukan tawaf. Disamping itu, disunatkan bertalbiyah dengan lafaz “Labbaika Allah humma labbaik…..” dengan penuh aman tanpa sebarang tindakan kekerasan dan kezaliman  dilakukan meskipun turut disunatkan juga pada ketika itu para jamaah mempamerkan kegagahan diri masing-masing.

Konsep mempamerkan kekuatan tanpa melakukan sebarang keganasan ini turut dipraktikkan oleh sekalian rakyat Malaysia dengan menyertai Demostrasi Bersih. Tanpa mengira pegangan agama, ideologi politik dan latarbelakang keturunan, sekalian rakyat Malaysia berarak secara aman di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur pada 9hb.Julai 2011. Mereka berkumpul di merata-rata lokasi utama di ibukota seperti K.L Central, Chow Kit Road, Masjid Jamek, Jalan Pudu, KLCC dan lain-lain lagi. Tiada sebarang kerosakkan harta benda awam berlaku.  Demo ini mencapai sasaran dan objektif yang amat positif. Memasuki ataupun menawan Stadium Merdeka untuk diadakan demo bukanlah satu subject utama yang perlu dihighlightkan. Sebenarnya pergerakan dan perarakan aman oleh rakyat dalam demo yang disertai oleh 68 NGO di sekitar Bandar Kuala Lumpur itulah yang menggerunkan UMNO dan Barisan Nasional.  Yang tua, yang muda, yang bertudung, yang tidak bertudung, yang berkopiah, yang tidak berkopiah dan lain-lain lagi turut berperanan keluar beramai-ramai sebagai tanda rasa tidak puas hati dengan sikap zalim Barisan Nasional. Malah pelancong asing pun ada yang turut serta berarak bersama rakyat Malaysia ini. Ugutan pihak polis tidak langsung dipedulikan. Pancutan air berasid dan juga gas pemedih mata sedikitpun tidak menakutkan mereka meskipun terpaksa berundur menyelamatkan diri masing-masing buat seketika. Malah mereka yang ditangkap dan diberkas itu pun tidak sedikitpun merasa gerun ataupun takut dengan ugutan pihak polis. Tak perlu diheret,semua mereka yang ditangkap oleh polis itu tidak takut dan tidak gerun untuk bermalam di dalam lokap. Sungguh menakjubkan! Mereka ini begitu amat berani kerana yakin diri mereka ditindas dan dizalimi oleh Barisan Nasional. Inilah satu kejayaan yang amat mengkagumkan saya dan menakutkan Barisan Nasional !

Depan bangunan Maybank K.Lumpur. Gambar diambil dari dalam LRT

Depan Sogo

Jalan jadi lengang

Antara para pejuang muda yang ditangkap

Pelancong asing pun turut serta

Beramai-ramai keluar menentang kezaliman

Semakin ramai dan semakin bersemangat

Ada yang rebah pitam kerana terlalu bersemangat dan marah terhadap Barisan Nasional

Depan Renaissence Hotel K.Lumpur

Depan KLCC

Dr.Hatta Ramli sedang menghangatkan semangat juang anak-anak muda

Bertempur dengan polis

Detik tegang

 

Lihat juga laporan al-Jazeera ini;

http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2011/07/20117973119168783.html

Baruh Tunjung, Kota Bharu 26 Jun 2011

Air dari saliran dimasukkan

Saliran air yang baik dan konsisten

Tapak tanaman padi organik sebelum mencedung

Rumput dan jerami padi yang dilandak dibiarkan mereput

Proses pembikinan baja organik

Tanaman lada organik

Pohon-pohon herba yang renek ditanam di atas batas padi

Pohon Jarak

Buah jarak diperlukan untuk memproses minyak kapal terbang

Bila UMNO nak cari pasal dengan PAS…..

Pas Kelantan ‘buang 26 gerai bernilai RM2j’?

Oleh Yulpisman Asli

BERAPA banyak wang rakyat yang perlu dibazirkan oleh kerajaan Pas Kelantan bagi menyelesaikan kemelut perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB ke Bazar Tok Guru?

Persoalan itu wajar dibangkitkan selepas sebuah akhbar menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari mengenai apa yang beliau dakwa penyelesaian ke atas isu tersebut.

Menurutnya, “penyelesaian itu satu penyelesaian yang terbaik dalam situasi menang-menang khususnya kesudian kerajaan negeri memenuhi sebahagian tuntutan para peniaga Pasar Lama MPKB dengan meluluskan cadangan membuang 26 gerai bernilai lebih RM2 juta.”

Bazar Tok Guru merupakan projek usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensatimur Sdn. Bhd. (SSB).

Sebelum ini, sebuah blog mendedahkan kerajaan negeri kerugian RM50 juta apabila mengambil semula bazar tersebut daripada pemaju dan pendedahan tersebut tidak pula dinafikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lantaran itu, timbul persoalan, beginikah bentuk negara berkebajikan yang hendak diperjuangkan oleh Pas, apabila sanggup ‘membuang 26 gerai bernilai lebih RM2 juta’ semata-mata untuk meraih kembali sokongan peniaga terbabit?

Tindakan ‘membuang 26 gerai bernilai lebih RM2 juta’ itu dibuat ketika pemimpin kerajaan Pas Kelantan sering melaung- laungkan mereka sebuah kerajaan yang berhemah dalam membelanjakan wang rakyat.

Bagi kebanyakan rakyat Kelantan, wang sebanyak RM2 juta itu merupakan jumlah yang besar. Ia perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya dan tidak sepatutnya ‘hangus’ begitu sahaja, disebabkan kelemahan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah Bazar Tok Guru.

Perlu diingat, kemelut perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB ke Bazar Tok Guru timbul akibat kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji yang dibuat menjelang Pilihan Raya Umum 2008, iaitu menyediakan lot gerai yang selesa dan mampu milik.

Lantaran itu, peniaga terbabit bangkit menuntut janji tersebut dengan bantuan UMNO dan media arus perdana, terutama Utusan Malaysia, akhbar yang sering menjadi sasaran rasa tidak puas hati pemimpin Pas.

Kemuncak bantahan mereka ialah mengadakan bantahan di hadapan Istana Balai Besar bagi menuntut campur tangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Maka itu, tidak timbul sama sekali dakwaan UMNO memanipulasi isu tersebut, kerana ia berpunca daripada sikap kerajaan Pas Kelantan sendiri yang didakwa peniaga terbabit mungkir janji dan mereka hanya menuntut janji tersebut.

Apa yang berlaku sebenarnya, menyerlahkan lagi sikap pemimpin Pas di Kelantan yang ibarat ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.’

Jika sebelum ini pada pihak-pihak dalam Pas yang menuntut Kerajaan Pusat memberikan penjelasan berhubung kelewatan pembinaan projek Jambatan Sultan Yahya Petra kedua, maka, desakan sama patut dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Ini kerana, selain ‘membuang 26 gerai bernilai lebih RM2 juta’ itu, berapa banyak pula kos yang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan negeri bagi membiayai pembesaran dan pembersihan semula gerai-gerai berkenaan?

“Awak berniaga, takkan awak tak buat kira-kira untung rugi dalam pembinaan projek itu. Siapa sebenarnya yang untung? Kini, nak besarkan semula lot-lot niaga terbabit. Siapa pula yang bakal menerima habuan daripadanya?” soal seorang pemimpin masyarakat bukan Melayu ketika mengulas isu tersebut.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian pula, kemelut Bazar Tok Guru hanya menyerlahkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan projek usaha sama dengan syarikat swasta yang akhirnya mengorbankan wang rakyat.

“Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan mengalami kerugian tanah kira-kira RM30 juta dan ini akan tambah kerugian serta beban kewangan kerajaan negeri yang sememangnya sudah ‘meletihkan.’

“Minta rakyat pandang serius masalah ini kerana pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh dipandang mudah, ia melibatkan wang rakyat.

“Sepatutnya kerajaan negeri sudah membuat pertimbangan lebih awal apabila ada pihak-pihak tertentu dalam PMKB yang cuba mengaut keuntungan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) berkata, kemelut Bazar Tok Guru, Bazar Tengku Anis, pembangunan Lembah Sireh dan banyak lagi projek usaha sama yang gagal dilaksanakan, menunjukkan ketidakcekapan dan tidak amanah kerajaan Pas Kelantan setelah dipilih oleh rakyat.

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia

di Kelantan

Dipetik daripada Utusan Malaysia  online

al-Syeikh Yahya Othman: Tokoh Murabbi dalam PAS….

Nama Abuyya al-Syeikh Yahya Othman lebih mashyur di negara-negara Arab berbanding dengan tanahairnya sendiri, Malaysia. Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Islam di Mekah dan juga Mesir serta begitu amat fasih berbahasa Arab. Kefasihannya sering membuatkan ramai dikalangan orang-orang Arab begitu segan terhadap beliau. Tokoh ini pernah berjawatan pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978. Demi perjuangan Islam, al-Syeikh Yahya Othman sanggup meninggalkan jawatannya (sebelum sempat pencen sebagai seorang pensyarah) dan bertanding untuk kalah pada ketika itu. Setelah beberapa kali masuk bertanding dan kalah, beliau tidak pernah kenal erti perit dalam usaha menegakkan panji-panji Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Akhirnya Abuyya al-Syeikh Yahya Othman menang dalam pilihanraya pada tahun 1990 dan 1995 dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan dalam tempoh tersebut. Dalam struktur organisasi parti, beliau pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun. Selain itu, tokoh pendidik ini juga merupakan ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama), AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra, pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi.  Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.

Please green our earth

Tahun 2050, penduduk seluruh dunia akan mengalami masalah kekurangan makanan ekoran  terlalu pesat pembangunan binaan penempatan dan kilang-kilang (industry) . Sedangkan peratusan kewujudan sektor pertanian yang diusahakan amat begitu sedikit sekali. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk mengusahakan mana-mana tanah kami yang masih terbiar dengan tanaman-tanaman nyior matag yang amat bermanafaat demi masa depan anak-anak kami kelak. Anda yang juga mempunyai tanah-tanah terbiar macam mana????

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/01/24/kelapa-dalam-kehidupan-manusia/

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/03/29/kaedah-pertanian-organik-satu-pengamatan-ringkas/

UMNO Kelantan sudah ketandusan modal….

Isu Bazar Tok Guru selesai

KOTA BHARU – Isu keengganan 300 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berpindah ke Bazar Tok Guru sejak sekian lama dianggap selesai setelah mereka bersetuju dan melakukan pengundian untuk mendapatkan lot niaga di sini semalam.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Sanusi Othman berkata, seramai 230 peniaga menjalani proses pengundian petak perniagaan tingkat bawah bazar berkenaan di Dewan Jubli Perak dekat sini dan berjalan lancar tanpa sebarang bantahan.

Menurutnya, proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini manakala milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai depan.

“Peniaga juga dijangka dapat memulakan perniagaan mereka bermula pada 1 Julai ini dan sehubungan itu juga Kerajaan Negeri sudah merancang untuk mengadakan program Kelantan Cheng Ho International di bazar tersebut,” katanya kepada pemberita semalam ketika ditemui semasa proses pengundian lot bazar terbabit semalam.

Ketika proses pengundian yang bermula jam 9 pagi itu berlangsung juga Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar MPKB, Abu Salim Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan dalam membantu mengatasi masalah peniaga.

Dalam pada itu, isu rasa tidak puas hati terhadap kira-kira 64 orang peniaga dari Pasar Lama Arked MPKB dan 42 daripada Arked Uda yang menjadi kumpulan pertama memilih petak niaga di Bazar Tok Guru turut diperjelaskan.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Khalily Ab Bakar menjelaskan, kumpulan berkenaan mendapat penghargaan daripada Kerajaan Negeri untuk memilih sendiri petak niaga tanpa perlu melalui proses pengundian adalah keputusan daripada Exco, Datuk Husam Musa.

“Ini sudah dipersetujui semasa perjumpaan ketika majlis Maulidur Rasul oleh beliau sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka yang mengikuti peraturan untuk berpindah dalam tempoh peringkat awal tawaran diberikan sebelum ini.

“Perkara ini tidak perlu dipertikaikan lagi, daripada harga asal RM84,000 ia dikurangkan kepada RM63,000 dan bagi peniaga di Arked Uda yang enggan berpindah tindakan nanti ditentukan oleh Kerajaan Negeri,” katanya semalam.

Sejak dua tahun lalu isu Bazar Tok Guru ini mendapat liputan yang serius oleh pihak media dan mendapat campur tangan daripada pelbagai pihak termasuk parti politik.

Sehinggakan pada 16 Januari tahun lalu Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penyiasatan berhubung masalah membabitkan urusan perpindahan peniaga-peniaga Pasar Arked Lambok Uda dan Pasar MPKB ke Bazar Tok Guru yang masih dalam pembinaan ketika itu.

Malahan, pendedahan yang dilakukan oleh Syed Azidi bahawa Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50 juta disebabkan perlu menebus kembali aras bawah bangunan Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta selain menanggung kerugian RM30 juta kerana kehilangan tanah seluas 3.36 hektar turut memberi tekanan kepada pihak berkenaan.

Tidak terhenti di situ sahaja kerana isu Bazar Tok Guru itu juga turut menyebabkan menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Nik Arif Fahmi Abdul Rahman diarahkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK

Bagaimanapun, semua kemelut termasuk isu bekalan elektrik, air dan juga saiz petak niaga tidak memuaskan itu akhirnya boleh dianggap selesai semalam kerana peniaga berkaitan bersetuju dengan pengundian dilakukan terbabit.

Mohon kerjasama pihak terbabit….

Belakang Pasaraya Ceria

Gambar tambunan sampah nih diambil dua minggu yang lalu di belakang Pasaraya Ceria di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Sesiapa yang berada dalam bangunan Pasaraya Ceria juga tidak ketinggalan turut terpaksa menghidu bau busuk setiap hari. Menurut penduduk tempatan, tambunan sampah yang amat berbau busuk ini yang tidak terurus dengan baik  begitu mengganggu keselesaan mereka dan juga para pengunjung kedai-kedai dan juga gerai-gerai jualan yang beroperasi di situ. Faktor sebenar mengapa sampah-sampah ini dibiarkan berlonggok sedemikian rupa masih belum dapat dikenal pasti. Ada yang mengatakan bahawa masalah ini timbul kerana disebabkan faktor kekurangan tong-tong sampah yang besar di kawasan itu. Ada juga yang mendakwa masalah ini timbul kerana longgokan sampah di sekitar pasar Wakaf Che Yeh terlalu banyak dan sukar untuk dibersihkan dalam tempoh masa yang singkat. Apapun faktor penyebab yang dikemukakan oleh mereka yang terbabit ini, namun kerjasama pihak MPKB BRI amatlah dihargai………….. terima kasih.

Pendedahan oleh Hata Wahari dan Senarai AJK PAS Pusat 2011

Petikan akhbar Harakah 16-19 mei 2011

Senarai AJK PAS Pusat 2011

Negara Berkebajikan Selari Dengan Islam – Nik Aziz

Pertanian Organik....Berkebajikan terhadap sekalian alam....

KOTA BARU: Konsep negara berkebajikan dibawa pakatan pembangkang adalah selari dengan kehendak Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Menurutnya kedua-dua perkara itu membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.

Berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat, katanya.

“Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot.

Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu minggu lalu langsung tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam dan pembentukan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya.

Sebaliknya Ahli Parlimen Marang itu menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan. BERNAMA

Terkejut dengan perubahan mendadak…

Ulamak Perpaduang

Tokoh reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berceramah di pekarangan stadium Sultan Mohammad iv tapi terpaksa balik awal ke Kuala Lumpur kerana beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan. Ekoran ini, majlis ceramah diteruskan juga sepertimana yang telah dijadualkan. Ustaz Tantawi yang sudah dua kali berturut-turut menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat  pula yang turun  berceramah lantang. Ramai para hadirin “terkejut beruk” dengan perubahan dan penampilan Ustaz Tantawi malam ini. Lazimnya beliau berjubah, berserban sebiji  (cara lilit serban)  dan berceramah (loghat Tganu) macam Tok Guru Hj.Hadi Awang…..tapi malam nih beliau sudah berbaju batik dan hanya simple berkopiah. Yang paling menarik perhatian umum ialah ; beliau berceramah dengan loghat Kelate…dah tak berbunyi loghat Tganu macam dulu lagi dah…………Dalam kekalutan perubahan mendadak ini, Kedengaran suara-suara nakal menyindir “Lepas nih Ustaz Tantawi cukur janggut pulok !!! “. Dalam pada itu  terdengar juga  desas desus mengatakan bahawa Ustaz Tantawi akan bertanding di kerusi Parlimen Bachok menggantikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.  Benar ataupun tidak desas desus ini??????????  Sama-samalah kita tunggu dan lihat bila tiba masanya nanti…