Archive for February 1st, 2009

Serangan Ke atas PAS 1964-1969

Pihak Perikatan mengasak Kubu PAS di Kelantan 1964-1969

Pihak Perikatan mengasak Kubu PAS di Kelantan 1964-1969

Bagi mereka yang pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam perang politik sekitar tahun-tahun tersebut, sudah tentu sekali gambar kartun ini  mampu mengingat serta mengimbaskan kembali kenangan pahit manis mereka yang pernah berjuang mati-matian demi menegakkan ideologi masing-masing.

RENUNGAN (2)

Segmen renungan dimuatkan dengan beberapa petikan mafhum hadis Rasulullah yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian sebagai extra knowledge.

 

 

·                    Kata Abdullah bin Mas`ud, Rasulullah bersabda: “Jangan merasa iri hati kecuali terhadap dua jenis individu. (1) Individu yang diberikan Allah harta lalu digunakan untuk jalan kebenaran (fi sabilillah). (2) Individu yang diberikan Allah hikmah (ilmu pengetahuan)  dan dia beramal dengannya dan mengajarkannya”. Maksud iri hati ialah berkeinginan untuk jadi sedemikian.

 

·                    Anas bin Malik r.a berkata “Nabi mandi dengan segantang air, paling banyak lima cupak dan beliau berwudhuk dengan secupak air”. (Rasulullah sentiasa mengelak pembaziran).

 

 

·                    Abu Hurairah r.a mengatakan Rasulullah bersabda “Semua luka yang dideritai oleh seseorang muslim dalam peperangan fi sabilillah pada hari kiamat nanti keadaannya akan jadi sepertimana semasa dia terluka dulu. Darahnya memancar berwarna merah tetapi baunya seperti kasturi”.

 

·                    Abu Burdah menyampaikan cerita daripada bapanya. Katanya “Aku mengunjungi Nabi dan aku dapati beliau sedang menggosok gigi dengan kayu sugi yang dipegang. Kedengaran bunyi  Ugh! Ugh! Seolah-olah dia hendak muntah ketika batang sugi itu berada dalam mulutnya”.

 

·                    Aisyah r.a berkata “Rasulullah membeli makanan (gandum) daripada orang Yahudi dengan berjanji (secara hutang) dan beliau menggadaikan kepada Yahudi itu baju besinya”.

 

.

Lagu Rasmi PAS

 

Abdullah Bukhari (bercemin mata) dan Dato` Mohd.Asri

Abdullah Bukhari (bercemin mata) dan Dato` Mohd.Asri

Ramai dikalangan ahli-ahli PAS turut asyik dengan keindahan senikata dan lagu rasmi PAS tetapi tidak ramai dikalangan mereka yang tahu ia adalah gandingan idea antara mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Dato` Mohd.Asri Hj.Muda dan mantan conductor orkestra Tala Wijaya, Allahyarham Abdullah Bukhari. Mengikut catatan sejarah, lagu ini digubah oleh Allahyarham Abdullah Bukhari dan senikatanya pula disusun oleh Allahyarham Dato` Mohd.Asri bi Hj.Muda untuk dikumandangkan dalam Mesyuarat Agung PAS ke-5 di Kuala Lumpur. Selepas itu, lagu ini sentiasa dimainkan dalam setiap mesyuarat Agung PAS dan juga majlis-majlis rasmi PAS hinggalah ke saat ini. Cuma kini senikata asalnya diubah sedikit mengikut perkembangan semasa, iaitu Selamatlah Persatuan Islam Melangkah ditukarkan kepada Selamatlah Parti Islam Melangkah.

Senikata Asal Lagu Rasmi PAS yang digubah oleh Allahyarham Abdullah Bukhari

Senikata Asal Lagu Rasmi PAS yang digubah oleh Allahyarham Abdullah Bukhari