Archive for July 19th, 2009

Berdosa mengutuk angan-angan dan cita-cita penubuhan negara Islam

Ramai yang masih tidak tahu membezakan antara angan-angan dan cita-cita. Angan –angan adalah harapan seseorang atau kelompok (jamaah) yang tidak disertai dan disusuli dengan usaha yang tekun bagi mencapai sesuatu hasrat. Manakala cita-cita pula sebaliknya, iaitu disertai dan disusuli dengan usaha tekun. Meskipun begitu, segala bentuk rupa angan-angan dan juga cita-cita positif yang diharuskan oleh syarak seperti penubuhan negara Islam tetap akan diberi ganjaran pahala oleh Allah Taala. Bukankah setiap perbuatan baik (kebajikan) yang diniatkan secara ikhlas kerana Allah merupakan ibadat yang tetap mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala?

 

Allah Taala bersifat al-Rahman dan al-Rahim terhadap sekalian hambaNya dengan membuka peluang kepada mereka semua untuk berusaha menambah pahala dalam apa jua situasi sekalipun. Justeru segala kutukan dan penghinaan terhadap angan-angan dan cita-cita sebegini adalah merupakan satu dosa yang wajar dihindari oleh sekalian muslimin. Tindakan menghina cita-cita dan juga angan-angan penubuhan negara Islam seperti mengatakan “berak besar” dan juga “cakap besar” adalah propanganda musuh Islam. Mengapa sesetengah umat Islam perlu berkompromi dengan pihak musuh dalam masalah ini? Sehubungan itu, setiap pejuang Islam juga wajar memastikan di tahap manakah diri masing-masing dalam usaha merealisasikan tugasan mulia ini dan bukan hanya setakat berangan-angan saja tanpa tindakan susulan yang sepatutnya . Selain berpolitik, PAS yang lebih menonjol dengan ideology Islam wajar menggarap peluang keemasan selaku parti Islam untuk berdakwah, iaitu;

 

i)                      Menerangkan keistimewaan dan keadilan perundangan Islam kepada umum termasuklah kepada golongan non-muslim.

ii)                    Mengawasi dan bertindak balas atas setiap langkah pihak musuh yang berusaha memusnahkan perlaksanaan dan ideology Islam daripada pemikiran umat Islam.

Dengan langkah-langkah ini, insyallah segala cita-cita dan juga angan-angan penubuhan negara Islam akan mudah diterima umum untuk dilaksanakan meskipun PAS kekurangan kerusi Parlimen (dari sudut agihan kerusi) jika dibandingkan dengan PKR dan juga DAP. Semua pihak sudah maklum bahawa tiada paksaan ke atas non-muslim untuk memeluk Islam sepertimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 256 “Tidak ada paksaan dalam beragama”.. Oleh itu, golongan non-muslim tidak perlu bimbang. Hanya perundangan syarak yang syumul (menyeluruh) mampu menbendung apa jua bentuk jenayah yang berleluasan dalam sesebuah masyarakat majmuk disamping mendapat keredhaan Ilahi.