Ziarah Keluarga Fakir di Kg.Pulau Belanga

Ramai  kawan-kawan dikalangan ahli-ahli PAS sarankan agar saya jengok dan meninjau keadaan Puan Nor Azlin bt.Abdullah dan keluarganya di Kampung Pulau Belanga yang dikatakan hidup dalam serba kedhaifan. Allahamdulillah, pagi nih saya berkesempatan ke rumah beliau. Wanita ini tiada di rumah kerana keluar bekerja semasa saya tiba di rumahnya. Hanya 2 orang anak perempuan dan 3 orang cucunya sahaja yang menyambut kehadiran saya.  Puan Nor Azlin, 46, merupakan seorang balu beranak lima (3 lelaki dan 2 orang perempuan). Kefakiran dan kesempitan hidup semakin dirasai selepas suaminya, Che Isa bin Che Yaakob meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira setahun yang lalu. Puan Nor Azlin berbangsa Siam dan berasal dari Chiang Mai, Thailand telah memeluk agama Islam sebelum bertemu jodoh dan berkahwin dengan Allahyarham Che Isa bin Che Yaakob. Ekoran silap membuat perhitungan dengan menjual sekeping tanah dan membeli sebuah kereta Iswara buruk serta sebuah motorsikal pada satu ketika dulu, Puan Nor Azlin sekeluarga hidup dalam kefakiran tegar hinggalah sekarang.  Akibat kesilapan itu juga, mereka sekeluarga terpaksa hidup menumpang berteduh dalam bangsal stor beras yang sudah lama usang di atas tanah orang lain. Tanpa tandas dan kemudahan bilik air, mereka pasrah mengharungi kehidupan seharian. Tiada bantuan kewangan dan makanan secara tetap yang diterima oleh keluarga ini. Mereka cuma pernah menerima sebanyak 3 kali sehahaja bantuan beras daripada DUN Panchor sebanyak 30 kilogram. Kelima-lima anak Puan Nor Azlin tidak bersekolah tinggi. Tahap pengajian anak sulung (perempuan) hingga ke tahap tingkatan 5 (SPM) adalah yang paling tinggi. Manakala adik-adik yang lain hanya bersekolah sehingga tingkatan 2 sahaja. Pendapatan Puan NorAzlin yang tak seberapa hanya bergantung kepada hasil kerjanya  di Kilang Proses Kitar Semula di Kg.Beris Lanjut.

Belakang rumah

Stor beras ini adalah rumah mereka

Salah seorang anak perempuan dan 2 orang cucu Puan NorAzlin

Puan Nor Azlin dan 2 orang anaknya tidak memiliki kad pengenalan. Proses pembikinan kad pengenalan terhalang  lantaran beliau pernah berkahwin  dengan Allahyarham Che Isa di Thailand dan pasangan ini tidak mempunyai sijil nikah.   .Manakala 3 orang lagi anaknya yang lain pula  sempat memiliki kad pengenalan pada Era Dr. Mahathir jadi PM Malaysia. Begitu dhaif sekali corak kehidupan mereka! Tahap pengetahuan agama Islam mereka pun berada di tahap yang agak lemah lagi amat menyedihkan.  Saya dimaklumkan bahawa beliau sekeluarga tidak mendapat bantuan sejak dulu hingga kini kerana tidak memiliki kad pengenalan. Persoalannya sekarang; adakah wajar sikap perikemanusiaan dipinggirkan ketepi semata-mata kerana ketiadaan kad pengenalan? Ini persoalan aqidah! Di manakah peranan Majlis Agama Islam (MAIK)? Dimana wang-wang pungutan zakat yang dikumpul oleh MAIK yang sepatutnya dirasai oleh mereka sebegini? Di manakah peranan Kerajaan Negeri Kelantan yang melaung-laungkan slogan Membangunan Bersama Islam? Dimanakah peranan EXCO Pendidikan dikala mereka ini memerlukan tarbiyyah ruhiyyah?? Dimanakah peranan EXCO Kebajikan Masyarakat? Tak bolehkah jika dibina sebuah rumah kepada mereka di atas tanah kerajaan? Berapa ramaikah agaknya mereka yang sedemikian dalam negeri Kelantan?  Kalaulah Kerajaan Negeri sanggup beri rumah kepada tukang-tukang jogho dikir barat dan sanggup beri rumah kepada keluarga pelajar Maahad Muhammadi Perempuan kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM, mengapa tidak kepada mereka ini? Bukankah menolong mereka yang memeluk agama Islam tapi belum memahami Syariat Islam WAJIB  dijaga aqidah mereka? Persoalan akidah adalah mengatasi segala-galanya……sedarlah wahai kita semua!

Serba dhaif

One response to this post.

  1. lagu mana cara nak hulurkan bantuan?

    Reply

Leave a comment