Aktiviti Anak Beranak di Hari Raya Aidil Fitri

Sejak akhir bulan Ramadhan saya tidak berpeluang melayari internet apatah lagi untuk mengisi blog dengan artikel-artikel yang boleh dikongsi bersama. Pada malam raya kedua barulah saya berkesempatan berbuat demikian.  Seperti biasa lazimnya pada hari raya pertama saya sekeluarga beraya di kampung Tempoyak (rumah mertua), Pasir Mas, Kelantan. Di sini suasana kampung lebih terserlah dan anak-anak lebih ceria beraya berbanding dengan suasana raya di rumah saya di Kota Bharu. Faktor utamanya ialah jumlah anak-beranak sebelah pihak isteri saya lebih ramai dan lebih heboh riuh rendah bila berkumpul ramai-ramai jika dibandingkan dengan anak beranak saya di Kota Bharu. Suasana inilah yang membuat anak-anak saya lebih seronok beraya di kampung. Pada pagi raya kami menunaikan solat raya di Masjid Baru Tempoyak.

Lepas tuh, macam biasalah kita semua menjamu selera dengan jamuan nasi dagang yang disediakan oleh mak mertua saya. Raya tahun nih jatuh pada hari jumaat. Dari sudut fiqh, situasi berkenaan adalah sepertimana berikut; bagi sesiapa yang mengerjakan solat sunat hari raya di waktu pagi, maka tidak difardhukan ke atas dirinya solat jumaat dan memadailah sahaja dengan menunaikan solat zohor sahaja. Manakala bagi sesiapa yang tidak berpeluang ataupun sengaja tidak menunaikan solat hari raya, maka solat jumaat adalah satu kefardhuan ke atas dirinya.

Acara kemuncak sepanjang hari raya kali inilah acara BBQ pada malam raya kedua dan bermain mercun serta bunga api.  Ayam, sotong, ikan cencaru, ikan pari, sausage dan udang harimau yang semuanya dibakar merupakan menu utama khusus bagi sekalian anak-beranak yang berkumpul. Manakala kanak-kanak pula selepas kenyang menikmati BBQ, mereka mula menumpu perhatian dalam acara bermain mercun. Majlis tidak rasmi ini berakhir lebih kurang pukul 12 malam dan lepas itu saya terus bertolak kelik ke Kota Bharu. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SYABAS UNTUK DIRI KITA SEMUA KERANA BERJAYA MENEMPUH CABARAN NAFSU SYAHWAT DI BULAN RAMADHAN. MUDAH-MUDAHAN KEJAYAAN KITA AKAN LEBIH MENINGKAT BAGI TAHUN-TAHUN AKAN DATANG….

One response to this post.

  1. Posted by Hydzelan Hashim on 12 September 2010 at 1:01 am

    Anak perempuan saya Hydah Aliyah beraya dalam keadaan kurang selesa kerana badannya terkena demam bertih. Bagi acara BBQ oleh kerana semua ini dibakar pada waktu malam, saya hanya ambil bahagian sebagai “jong bakar” BBQ dan juga jurugambar saja. Saya dah lama tinggal tabiat makan malam nih. Lebih pukul 8:30 malam, there is no more dinner for my stomach.

    Reply

Leave a comment