Liwat Menurut Perspektif Syarak.

Liwat merupakan istilah dalam bahasa kaum Nabi Luth (anak saudara Nabi Ibrahim) yang disandarkan kepada amalan buruk mereka. Istilah ini kemudiannya digunakan secara meluas dalam bahasa Arab dan bangsa-bangsa lain khususnya dikalangan mereka yang beragama Islam. Kisah kejahilan kaum ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah Taala dalam surah al-‘Araf, ayat 80-84 dan surah Hud ayat 77-82. Makna liwat ialah; lelaki yang menyetubuhi lelaki secara rela suka sama suka (homosexual). Adapun tindakan seseorang lelaki menyetubuhi lelaki secara paksaan tidak juga dianggap sebagai liwat tetapi dianggap sebagai rogol (paksaan sex). Manakala Dr. Musthafa Dib al-Bigha dalam kitab al-Tazhib fi adillah matan al-Ghayah wa al-Taqrib, halaman 208 (kitab fiqh al-Syafie) mendefinisikan liwat sebagai hubungan sex antara sesama lelaki dan juga hubungan sex antara lelaki dengan perempuan yang bukan isterinya melalui dubur secara rela. (Sila rujuk Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 bagi negeri Kelantan, bahagian 1 perkara 16,17 dan 18).

 

Menurut al-Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni dalam kitab Tafsir Ayat al-Ahkam (Jilid 2, hlm 41-42): Definisi liwat ialah; Lelaki yang menyetubuhi lelaki. Liwat adalah seburuk-buruk amalan dosa yang hanya dilakukan oleh species manusia lelaki dan tidak dilakukan oleh mana-mana species haiwan jantan. Lantaran itu, amalan gejala-gejala keruntuhan akhlak dan tekanan penyakit jiwa ini amat merbahaya sekali jika tidak dibendung.

 

Dalam menentukan bentuk hukuman yang sewajar dikenakan terhadap mereka yang berkenaan, para ulama’ berselisih pendapat mengenainya. Perselisihan pendapat ini ringkasnya boleh dibahagikan kepada tiga mazhab;

Mazhab Pertama:  Para sahabat Rasulullah  seperti al-Nasir, al-Qasim bin Ibrahim dan al-Syafie mengatakan; hukuman liwat ialah bunuh  ke atas si peliwat dan juga individu yang diliwat. Pendapat ini adalah bersandarkan kepada dalil nas hadis Rasulullah daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas, Rasulullah bersabda “Sesiapa yang kamu dapati melakukan liwat (amalan kaum nabi Luth), maka bunuhlah si peliwat dan individu yang diliwat”.

 

Berasaskan hadis ini, al-Imam al-Syafie menegaskan hukuman liwat ialah direjam dengan batu sampai mati ke atas mereka yang terbabit samada lelaki-lelaki tersebut sudah berkahwin ataupun masih belum berkahwin. Hukuman mati ini juga diakui oleh al-Imam Malik dan al-Imam Ahmad bin Hanbal. Dalam pada itu, al-Imam Malik juga berpendapat si pesalah boleh dijatuhkan hukuman mati dengan cara dicampak ke bawah dari tempat yang tinggi. Meskipun begitu,  terdahulu daripada ini, ijtihad Abu Bakr al-Siddiq dan Ali bin Abi Talib dalam masalah hukuman liwat ialah dengan memenggalkan leher mereka yang berkenaan sepertimana yang dilakukan ke atas golongan murtad ataupun dihempap dengan dinding batu sehingga mati.

 

Mazhab Kedua: Menurut golongan al-Syafieyyah, hukuman kesalahan liwat adalah sepertimana kesalahan zina, iaitu hukuman rotan bagi mereka yang belum berkahwin  dan hukum rejam sampai mati bagi mereka yang sudah berkahwin berasaskan nas hadis daripada Abu Musa al-‘Asy’ari, bahawa Rasulullah bersabda “Apabila seorang lelaki menyetubuhi lelaki lain maka kedua-dua mereka adalah penzina”. Nas hadis ini secara tidak langsung mengatakan liwat itu adalah aktiviti sex yang berlaku antara sesama lelaki yang disamakan dengan kesalahan aktiviti zina (aktiviti sex antara lelaki dan perempuan). Nas ini juga membuktikan bahawa aktiviti sex di mana seorang lelaki yang menyetubuhi seorang perempuan melalui duburnya juga adalah zina dan bukan liwat.

 

Adapun dalam masalah suami yang mendatangi isterinya melalui dubur, terdapat khilaf ulama’ dalam aktiviti tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Tuhfah al-‘Arus karangan al-Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Tijani, halaman 351-356. Sebahagian besar ulama seperti Ibn Sya’ban (ilmuwan besar Islam bermazhab Maliki)  mengharuskan aktiviti tersebut antara suami dan isteri berasaskan mafhum firman Allah “ Isteri-isteri kamu adalah umpama ladang bagi kamu. Maka datangilah mereka dengan apa jua cara yang kamu ingini”. Ibn Sya`ban al-Maliki merupakan pengarang kitab al-Nisa’. Antara lain, kitab beliau yang juga popular seperti al-Zahi (kitab fiqh), Ahkam al-Quran, Manaqib Malik, Syuyukh Malik dan al-Mansik. Ibn Sya`ban juga adalah merupakan ketua bagi para pengikut mazhab Maliki di Mesir. Jumhur ulama’ juga mengatakan tiada sebarang hukuman hudud ataupun ta’zir yang wajib dikenakan ke atas pasangan suami isteri terbabit.

 

Mazhab Ketiga: Menurut al-Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi), Al-Murtadha dan al-Muayyid billah, hanya hukuman ta’zir seperti hukuman penjara ataupun buang daerah dan sebagainya mengikut budi bicara hakim sahaja yang wajib dikenakan ke atas mereka yang terbabit kerana aktiviti tersebut bukannya zina dan tidak wajib dikenakan hukuman hudud ke atas si pelaku. Mereka berpendapat; dari sudut istilah bahasa, zina itu bukan liwat. Zina adalah persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan. Sedangkan liwat pula adalah persetubuhan haram antara sesama lelaki.  Disamping itu juga Islam mengharamkan hubungan al-Sihaq (lesbian) dan juga ityan al-bahaim (persetubuhan dengan haiwan). Para fuqaha’ bersepakat bahawa hukuman ke atas lesbian adalah ta’zir. Adapun dalam masalah ityan al-bahaim, jumhur ulama menegaskan hukuman ta’zir wajib dikenakan ke atas si pelaku kecuali al-Imam Ahmad bin Hanbal yang mengatakan hukumannya adalah sama seperti hukuman liwat. Bagi al-Imam Ahmad, si pelaku dan haiwan terbabit wajib dibunuh.  

 

4 responses to this post.

  1. Posted by ahmad on 1 June 2010 at 12:45 pm

    assalamualaikum..

    terima kasih kerana memberi penerangan mengenai liwat. saya masih dala keraguan mengenai hal ini.

    1)adakah haram bagi suami meliwat isteri dengan kerelaan isteri sendiri?

    2)adakah meliwat teman wanita dikira berzina walaupun si teman lelaki tidak memasukkan alat kemaluannya kedalam vagina si perempuan.

    terima kasih.

    Reply

    • Sila baca dan fahami dengan teliti definisi liwat yang dinyatakan diatas. Suami yang mendatangi isterinya melalui dubur bukan satu tindakan liwat meskipun sesetengah ulama mengatakan hukumnya adalah haram. Walaupun begitu, para ulama bersepakat bahawa tiada sebarang hukuman hudud yang wajib dijatuhkan ke atas pasangan suami isteri terbabit.

      Reply

  2. Posted by BorhanKemut on 5 November 2012 at 7:13 pm

    Tapi sy suka batang masuk dubur sy, sedap sangat rasanya. nak pulak suami org… memang power. Mereka pon suka… Sy mula2 taknak, tapi mereka yg paksa…

    Reply

Leave a comment